Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1 : Ulasan Buku : Apa Itu Kajian Tindakan

Menurut Buku : ACTION RESEARCH ESSENTIALS, Dorothy Valcarel Craig
DOING TEACHER RESEARCH (From Inquiry to Understanding) , Donald Freeman

_______________________________________________
KAJIAN TINDAKAN
melibatkan guru memerhati dan membuat kajian untuk memperbaiki cara pengajaran mereka. Kaedah biasa untuk meningkatkan keadaan dan amalan di dalam bilik darjah dan juga pengamal lain yang berasaskan persekitaran seperti pentadbiran, kepimpinan, sosial, dan pembangunan masyarakat.


Kajian tindakan adalah berasaskan komuniti.Komuniti ini adalah bilik darjah, tahap-tahap dalam darjah, sekolah, atau seluruh sistem persekolahan.

Kajian tindakan melibatkan sesuatu pihak menjalankan penyiasatan dalam persekitaran mereka dan bukannya kajian secara ekperimental.

Secara spesifik, kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak mengkaji aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam sesuatu situasi tertentu.

Guru dan pihak lain seperti masyarakat dapat bekerjasama dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk membuat kajian yang sistematik dalam memperbaiki sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah.


Kajian tindakan melibatkan pendekatan secara proaktif di mana ianya mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin akan berlaku dan pendekatan secara reaktif yang melibatkan kita mengkaji masalah yang sedia ada.Kedua-dua proaktif dan reaktif ini melibatkan ciri-ciri mengenalpasti masalah, refleksi dan pembaikan yang berterusan.

PROSES KAJIAN TINDAKAN
melibatkan memilih fokus, merujuk teori-teori yang boleh membantu, mengenalpasti persoalan kajian, melihat soalan secara lebih spesifik, mengenalpasti subjek dan individu yang terlibat, memilih kaedah yang terbaik, mengenalpasti set data, pengumpulan data yang sah, menganalisis data yang diperolehi, merekabentuk pelan tindakan dan bertindak dan melaporkan kajian (laporan).

_________________________________________________________

PROSEDUR KAJIAN

Berdasarkan yang saya baca, PROSEDUR kajian tindakan melibatkan beberapa fasa iaitu :


FASA SEBELUM KAJIAN


1) Fasa 1 : Pemerhatian
- Masalah
- Isu-isu
- keprihatinan

2) Fasa 2 : Menentukan fokus-samada secara individu atau kolaboratif,
mestilah bertindak
balas terhadap beberapa kunci persoalan:-
  • Apakah yang saya hendak cari tentang pelajar atau situasi tertentu?
  • Apa yang penting dan apa yang saya ingin tingkatkan dalam memenuhi keperluan pelajar dan kumpulan tertentu?
  • Apa masalah, isu dan keprihatinan persekitaran tertentu?
  • Apa isu dan keprihatinan yang dikenalpasti untuk meningkatkan situasi tersebut / tertentu?
3) Fasa 3 : Merujuk Teori-Teori yang membantu
  • Teori yang diperlukan bagi mencari maklumat untuk membentuk plan perancangan serta hendak melihat amalan-amalan profesional, mengkaji perasaan, kepercayaan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  • Merekodkan dapatan daripada teori-teori dan menyusun semula kepada peta konsep di mana yang akan membantu meluaskan / memperkembangkan idea-idea dan mengumpul maklumat berkaitan isu dan permasalahan.
4) Fasa 4 : Membentuk persoalan kajian
  • Menyempitkan fokus kajian kepada 3 atau 4 soalan yang baik akan membantu untuk menggerakkan kajian.
5) Fasa 5 : Mengenalpasti Set Data
  • Mengkaji persoalan kajian.
  • Tanya / soal diri tentang data jenis apakah yang diperlukan.
  • Semasa kajian berlangsung, mungkin terdapat data

FASA PERLAKSANAAN DAN ANALISIS


6) Fasa 6 : Pengumpulan Data
  • Adalah dicadangkan penyediaan jadual pengumpulan data.Jadual pengumpulan data hendaklah diikuti sepanjang kajian berjalan .
  • Analisis yang berterusan sepanjang kajian.
  • Sediakan juga jadual masa (timeline).
7) Fasa 7 : Pelan Tindakan dan Laporan Dapatan
  • Analisis yang berterusan akan membantu pengkaji melakar kesimpulan.
  • Hasil dapatan digunakan untuk membentuk pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
  • Kajian tindakan adalah sempurna untuk menjawab soalan " jadi apa?" (so what).Pengkaji kajian tindakan adalah mesti berupaya untuk menjawab soalan-soalan asas kerana keputusan / hasil yang diperolehi daripada pelan tindakan boleh menentukan penambahbaikan amalan.
_____________________________________________________

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Apa itu data?
  • Dalam kajian tindakan, data dapat diperolehi daripada bilik darjah dan persekitaran kerja.
  • Data diperolehi daripada pemerhatian, skor ujian di dalam kelas, artifak pelajar, skor ujian yang ditetapkan, repons perbincangan atau perbualan secara tidak formal dan apa yang diamalkan.
  • Adalah penting bagi seorang guru yang mengkaji untuk:
  1. menyesuaikan data dengan persoalan.
  2. mengetahui data yang menarik.
  3. mengenalpasti kaedah analisis yang berkesan.
  4. mempertimbangkan data sebagai sumber maklumat.
_____________________________________________________

BILA KAJIAN TINDAKAN DIJADIKAN SEBAGAI PILIHAN YANG SESUAI

  1. Mengambil kira di mana kajian dijalankan.
  • masalah, isu dikenalpasti secara spesifik.
  • keputusan / hasil kajian boleh memperingkatkan persekitaran, situasi dan keadaan.
2. Kajian dijalankan berdasarkan masalah yang dihadapi.
(2 senario /keadaan)
  • Kualitatif-rekod dalam kalendar atau diari / rakaman interaksi antara pelajar / pemerhatian guru / temuduga secara tidak formal.
  • Kuantitatif - melalui kaji selidik /kaji selidik secara 'online'. / markah & skor pelajar / data-data penilaian.
____________________________________________________

ETIKA SEORANG PENGKAJI

  1. Kecekapan , Competence : Tugas-tugas sebagai pengkaji untuk membantu / melantik ahli dibawahnya berdasarkan amalan dan prosedur kajian.
  2. Amalan, Practise : Boleh dicapai, gunakan piawaian, standard teknikal yang diterima, perbincangan berdasarkan prosedur dan teknik, tanggungjawab, pengumpulan dan penyimpanan data, laporan dan komunikasi.
  3. Sulit, Confidentiality : Mempertimbangkan kawalan dan keselamatan data.
  4. Hubungan dengan komuniti, interaction with community : kesamarataan antara komuniti.




TUGASAN KELAS : NOTA

Konsep dan Model Rekabentuk kajian Tindakan

Sebelum ini kita saya telah menyenaraikan tentang mengapa kajian tindakan perlu dalam pendidikan.Pada kali ini, kita akan melihat model dan rekabentuk kajian tindakan.Ciri-ciri kajian tindakan dapat dilihat dari beberapa aspek pendekatan dan persekitaran.


  • Aspek PENDEKATAN
    · Bagi meningkatkan dan memperbaiki mutu pendidikan.
    · Melibatkan guru-guru membuat analisis kritikal berkaitan dengan sesuatu tindakan dalam situasi di dalam kelas atau organisasi, serta perubahan boleh dicadangkan melalui kajian tindakan yang dijalankan.
    · Kajian tindakan juga melibatkan guru membina teori-teori daripada amalan sebenar.
    · Keutamaan diberikan bagi memahami dan memperbaiki amalan mereka sendiri.

    Aspek PERSEKITARAN
    · Kajian tindakan dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah.
    · Melibatkan guru sebagai penyelidik dan sebaik-baiknya dilakukan secara kolaboratif.
    · Dijalankan secara langsung ataupun tidak langsung dalam sesuatu isu atau masalah yang akan menjadi fokus kajian.
    · Kajian tindakan juga melibatkan tindakan intervensi daripada individu luar yang mana akan membantu dan memudahkan pengkaji membuat analisis dan mengenalpasti antara amalan sebenar dan apa yang diharapkan.



KONSEP-KONSEP KAJIAN TINDAKAN


McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Elliot & Edelman (1976) menyatakan kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru.Meruapakan penyelidikan terhadap situasi social di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru dibilik darjah.

Hanipah Hussin (2001) menyatakan kajian tindakan merupakan satu usaha dibilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan.Peserta (pengurusan sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah penambahbaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambahkan kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.


MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Gelungan Skema Tindakan, Kim (1992)
Model ini bertujuan mencari jalan yang terbaik bagi menangani sesuatu isu atau kekurangan yang berfokus.Usaha ini akan diteruskan sehingga dapat mengurangkan kelemahan kajian.Selepas itu, pengkaji akan beralih kepada isu-isu atau topik-topik lain untuk ditangani satu persatu.

Model Gelungan Skema Generatif, Kim
Berdasarkan model ini, isu utama yang menjadi persoalan kajian turut menjana isu dan utama yang menjadi persoalan dan kajian turut menjana isu dan masalah-masalah sampingan yang harus dicari jalan-jalan penyelesaiannya.Persekitaran kajian yang dinamik sentiasa memberi cabaran kepada para pengkaji meneroka isu-isu sampingan yang timbul akibat pembaikan isu pokok.Model ini banyak memberi ruang kepada para guru menjalankan kajian tindakan secara kolaboratif menangani isu-isu utama dan sampingan dengan kepakaran yang ada pada guru dari sudut pengkhususan dan minat.

Model Conzemius & O’Neill (2002)
Langkah pertama dalam merancang adalah mengenalpasti isu, iaitu apa yang hendak dikaji.Sebagai seorang yang profesional dalam bidang tugasnya, langkah ini tidak bermasalah kerana perkara yang hendak dikaji itu sudahpun bermain dalam fikiran pengkaji.Kekuatan bertindak secara kolektif dapat menjana lebih banyak idea-idea menangani cabaran, meringankan beban kerja serta menimbulkan rasa kekitaan dalam organisasi.


TUGASAN JURNAL

Artikel 1 : Technological Pedagogical Content Knowledge in Action : A Case Study of Middle School Digital Documentary Project
Oleh : Mark Hofer, College of William and Mary & Kathleen Owings Swan, University of Kentucky

Tujuan Kajian
Untuk membina pengetahuan berdasarkan Teknologi, Pedagogi, Kandungan dan Pengetahuan (TPCK) dengan melihat pengalaman dua orang guru secara mendalam dalam projek dokumentari digital.

Pernyataan Masalah
• Apakah kelebihan sekiranya pelajar menghasilkan video digital sendiri ?
• Apakah jenis pengetahuan guru ( kandungan, pedagogi dan teknologi) yang diperlukan untuk membina projek membuat cerita digital ?
• Di dalam cara manakah domain pengetahuan ini terlibat?

Sampel dan Setting Kajian
• Melibatkan 4 buah kelas pelajar digred 6 (98 orang pelajar) di sebuah sekolah di kawasan pinggir bandar di Negara Atlantik Tengah.
• 2 orang guru (Mrs. Barned & Mrs. Randall)

Prosedur Kajian
Berdasarkan projek yang akan dijalankan melibatkan mengkaji, menulis, dan menghasilkan.

Mengkaji (Minggu Pertama) / Mengkonsepkan
- Pelajar (2/3 kumpulan) memilih dan membuat cadangan tentang tokoh atau topic yang disediakan oleh guru mengikut format tertentu.
- Mencari maklumat melalui internet dan mencetak maklumat.

Menulis (Minggu Kedua) / Merancang
- Menyediakan penulisan mengenai data-data dan bahan-bahan yang diperolehi.
- Pelajar bekerja secara individual pada peringkat ini.

Menghasilkan (Minggu Terakhir) / Melaksanakan
- Membangunkan cerita digital menggunakan Perisian MovieMaker.

Pengumpulan dan Analisis Data
Dua orang guru yang diperlukan dalam membimbing pelajar membangunkan cerita digital ini ditemubual beberapa kali.Termasuk secara formal dan tidak formal.Kemudian bahan-bahan pengajaran yang digunakan semasa projek ini dikumpulkan termasuklah Rancangan Pengajaran Harian Guru, kertas-kertas edaran, bahan lain.Pengkaji juga membuat pemerhatian sepanjang tempoh 3 minggu projek ini.

Analisis menggunakan pendekatan merekod secara fokus, focused coding approach (Glaser & Strauss, 1967) di mana data yang dikumpul diselidik dan dibincangkan secara teliti.

Dapatan Kajian
• Pelajar dapat mempelajari pelbagai kemahiran melalui projek menghasilkan video digital sendiri.
• Guru perlukan pengetahuan dan pengalaman yang lebih tentang bidang mereka sendiri dan juga bidang teknologi.Kerana kesemua TCPK yang dikaji perlu hadir sekali dengan pengetahuan guru dalam bidang teknologi maklumat.
• Domain Secara Teknologi adalah terlibat secara aktif.

__________________________________________________

Artikel 2 : Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confident, Knowledge and Beliefs about Technology.
Oleh : Mary Lundeberg, Mark Bergland dan Karen Klyczek
University of Wisconsin-River Falls

Tujuan Kajian
Untuk menyiasat samada dengan cara melibatkan guru sains pelatih dalam menilai kes berdasarkan projek pembelajaran multimedia secara kolaboratif memberi kesan terhadap integrasi teknologi mereka dan/atau meningkatkan keyakinan mereka dalam penggunaan teknologi.

Pernyataan Masalah
Adakah dengan melibatkan guru pelatih dalam kajian tindakan berkaitan dengan sesuatu projek akan meningkatkan pengetahuan dan keyakinan mereka untuk mengajar matapelajaran berasaskan teknologi.

Sampel dan Setting Kajian
Melibatkan 10 orang guru pelatih.(5 perempuan & 5 lelaki)

Prosedur Kajian
· Guru pelatih dikehendaki hadir ke seminar Case It Software.Seminar ini adalah mengenai simulasi multimedia di dalam sains.
· Pada hari pertama dan hari terakhir seminar, guru pelatih ini diminta untuk melengkapkan borang soal selidik.
· Guru pelatih ini diminta menulis esei mengenai dapatan dan cadangan mereka tentang semasa dan selepas seminar.

Pengumpulan dan Analisis Data
· Pemerhatian dan temubual.
· Memeriksa esei guru-guru pelatih tersebut.

Dapatan Kajian
Guru pelatih membina pengetahuan yang lebih kompleks berkaitan dengan teknologi pedagogi melalui seminar yang disertai oleh mereka serta meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar dalam bidang sains.

_________________________________________________________

Artikel 3 : A New Experience Teaching Phonematic Awareness - A Teacher Action Research
Oleh : Ivy Ng

Tujuan Kajian
Pernyataan Masalah
Sampel dan Setting Kajian
Prosedur Kajian
Pengumpulan dan Analisis Data
Dapatan kajian

Tuesday, November 3, 2009

TUGASAN KETIGA : LAPORAN CATATAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DPLI JANUARI 2009.(Tajuk 2)

Pembentangan ini bertajuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Masalah Pendengaran Dalam Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Bagi Tema Pencapaian Kendiri Dengan Menggunakan Kaedah Permainan Dart dan dibentangkan oleh saudari Norsakinah Binti W.Ishak, saudari Nurulhuda Binti Mohd Rejap dan saudari Azwani Binti Mohamad Ariff di Bilik Perdana B.

  • Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan serta mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang hanya tertumpu kepada teknik kuliah kepada teknik permainan.
  • Kajian ini melihat bagaimana dapatan daripada tiga orang pelajar perempuan dan enam ornag pelajar lelaki di Sekolah Men. Keb Dato’ Sri Amar Diraja, Muar, Johor.
  • Terdapat dua persoalan dalam kajian ini iaitu adakah kaedah permainan dart dapat menarik minat pelajar melibatkan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung? dan adakah kaedah permainan dart dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak ansur dikalangan ahli kumpulan.
  • Metodologi yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah melalui rakaman video dan rakaman gambar.Selain itu, pengkaji juga turut menggunakan catatan yang mana melibatkan pengkaji mencatat bagaimana penglibatan pelajar dan secara kaedah temubual tidak berstruktur.
  • Pengkaji menggunakan strategi mengikut langkah-langkah yang tetap dalam satu kitaran yang melibatkan langkah merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.
  • Daripada dapatan hasil kajian pengkaji melalui teknik video dan gambar, pada pusingan pertama mereka mendapati pelajar dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi tindak balas.Pelajar juga kurang menunjukkan kerjasama dan sifat bertolak ansur di antara satu sama lain.Sikap kerjasama pelajar dapat dilihat pada pusingan kedua apabila wakil yang dipilih oleh guru tidak dapat menjawab soalan dan mereka berbincang di dalam kumpulan.Melalui temubual pula, pelajar berpendapat guru sepatutnya membuat nombor giliran kerana pelajar berebut semasa ingin membaling dart.Pusingan kedua pula lebih memberi kesan yang baik di mana aktiviti kumpulan dijalankan.Pelajar juga tidak merasa mengantuk apabila guru mengajar serta lebih mudah mengingat pembelajaran yang di ajar oleh guru. Melalui catatan pengkaji pula, pusingan kedua di mana pelajar dikehendaki bekerja dalam kumpulan lebih memberikan kesan yang positif kepada pelajar.Dari segi nilai murni, pelajar dapat bekerjasama dan bertolak ansur dalam menunggu giliran.
  • Terdapat beberapa cadangan melalui kajian ini, antaranya seperti mengubah pelbagai bentuk permainan seperti teka-teki, jadual bernombor, catur, kotak beracun dan lain-lain lagi.Permainan yang berbentuk fizikal juga boleh dijalankan bagi menarik minat pelajar.Saya dapati kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini adalah sangat menarik.
  • Seorang guru yang kreatif dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk belajar seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik pengajaran yang diajar oleh guru.

Saturday, October 31, 2009

TUGASAN KETIGA : LAPORAN CATATAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DPLI JANUARI 2009. (Tajuk 1)

Pembentangan ini bertajuk Meningkatkan Pengusaan Kemahiran Tulisan Jawi Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Melalui Slot “ 5 Minit Bersama Tulisan Jawi” Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran dan dibentangkan oleh saudari Siti Imzahwana Abu Naim dan Saudari Nurul Hafizah Che Mat pada 26hb Oktober 2009 di Bilik Perdana A untuk sesi petang (2.00 – 4.00 petang).

Pembentangan yang dipengerusikan oleh saudari Siti Rafeqah Samsunawar ini berlangsung dalam masa lebih kurang lima belas minit.

  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan kemahiran tulisan jawi di kalangan pelajar-pelajar Islam tingkatan 4 sdi sebuah sekolah di daerah Petaling Jaya dan mengubah persepsi pelajar terhadap tulisan jawi dan melihat faktor-faktor mengapa mereka tidak berminat kepada tulisan jawi.
  • Kajian dijalankan kepada sampel kajian yang terdiri daripada 60 orang pelajar.Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan tempat pengkaji bertugas sebagai guru pelatih.
  • Metodologi yang digunakan untuk kajian ini adalah secara pemerhatian, temubual, latihan dan ujian. sini.
  • Data diperolehi dengan slot pemerhatian, temubual secara berkumpulan dan ujian kepada pelajar.Melalui pemerhatian, kemudian mendapatkan maklumbalas daripada pelajar, pengkaji menjalankan perancangan dan akhir sekali tindakan di mana pengkaji telah mengadakan “Slot Tulisan Jawi” yang melibatkan aktiviti tulisan jawi dan menulis esei tulisan jawi. Pengkaji juga melihat juga dari segi kaedah soalan dengan meminta pelajar berdiri dan meminta mereka untuk mengeja sesuatu perkataan dalam jawi.
  • Hasil dapatan kajian ini mendapati pelajar tidak untuk membaca buku teks yang ditulis dalam tukilisan jawi serta keliru dengan ejaan-ejaan jawi terkini seperti contohnya nasihat.Selain itu melalui temubual yang dijalankan pelajar juga tidak begitu menyukai guru pendidikan kerana mentaliti mereka yang menganggap guru pendidikan Islam suka mengongkong mereka melalui teguran dan nasihat.Mereka juga menyatakan bahawa sebelum ini tidak pernah guru pendidikan Islam yang menjalankan pendekatan pembelajaran seperti pengkaji dan mereka berminat dengan slot sebegini.
  • Kesimpulan kajian ini menunjukkan prestasi dan kemahiran pelajar adalah berkaitan dengan cara bagaimana seseorang guru itu menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dengan menggunakan tulisan jawi. Pandangan negatif pelajar terhadap tulisan jawi juga turut mempengaruhi cara penerimaan pembelajaran mereka.Oleh itu dalam memartabatkan tulisan jawi dan meletakkan tulisan jawi setanding dengan tulisan-tulisan dunia lain beberapa cadangan telah dikemukakan di antaranya adalah menstrukturkan semula kurikulum pendidikan Islam yang lebih mementingkan tulisan jawi memandangkan tulisan jawi merupakan tulisan Al-Quran, menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah serta kempen mencintai tulisan jawi.
  • Sepanjang sesi pembentangan ini saya teruja dengan usaha dan kegigihan pengkaji dalam membudayakan tulisan jawi di sekolah tempat mereka menjalankan latihan mengajar.Saya menyedari dengan adanya kesungguhan dan usaha daripada seorang guru untuk mendidik anak muridnya, lama-kelamaan sesuatu perkara atau topik yang dianggap membosankan oleh pelajar akan bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan mereka.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS : 10 Sebab Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian

Seorang guru yang berwibawa adalah guru yang sentiasa mencari cara menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah serta memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajarannya dengan mengkaji dan menyelidik untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran oleh pelajarnya.

Sepuluh sebab mengapa seorang guru perlu membuat kajian dan penyelidikan adalah :
  1. untuk penambahbaikan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran (p & p) di dalam bilik darjah.
  2. untuk mewujudkan pemahaman kepada guru tentang perkaitan antara matlamat dan teknik pengajaran mereka.
  3. untuk mengenalpasti masalah yang wujud serta mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.
  4. untuk mempersiapkan guru dengan cara dan bahan yang kreatif dan inovatif untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
  5. untuk meningkatkan pemahaman dan menarik minat pelajar terhadap pengajaran yang berkesan.
  6. untuk merubah sikap pelajar terhadap pembelajaran yang mereka hadapi.
  7. menggalakkan guru menjadi seorang yang prihatin dan bertindak dengan efektif terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
  8. untuk menggalakkan guru membudayakan kajian tindakan di sekolah seterusnya dapat meningkatkan pencapaian sekolah.
  9. untuk mewujudkan satu interaksi pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang berkesan dalam bilik darjah.
  10. untuk menjadi panduan kepada guru-guru baru melalui dokumentasi kajian tindakan yang diwujudkan melalui pengalaman guru-guru berpengalaman.

Dalam menjayakan sesuatu kajian tindakan adalah sikap guru itu sendiri bagi mewujudkan perasaan prihatin terhadap pembangunan dan pencapaian pelajar mereka sendiri.

Kajian tindakan adalah sesuatu yang luas dan boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang melibatkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Pada pendapat saya, seorang guru bukan sahaja boleh menjalankan kajian tindakan terhadap diri mereka dan pelajar, malahan terhadap guru lain, pengurusan dan situasi serta persekitaran dalam sekolah itu sendiri.

Apa Itu Kajian Tindakan

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM, Malaysia

Kursus GGGB 5023 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

_________________________________________

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan adalah kursus yang meliputi difinisi,kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan, analisis dan interpretasi data, kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyedian kertas cadangan da pelaksanaan kajian tindakan.