Seorang guru yang berwibawa adalah guru yang sentiasa mencari cara menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah serta memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajarannya dengan mengkaji dan menyelidik untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran oleh pelajarnya.
Sepuluh sebab mengapa seorang guru perlu membuat kajian dan penyelidikan adalah :
- untuk penambahbaikan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran (p & p) di dalam bilik darjah.
- untuk mewujudkan pemahaman kepada guru tentang perkaitan antara matlamat dan teknik pengajaran mereka.
- untuk mengenalpasti masalah yang wujud serta mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.
- untuk mempersiapkan guru dengan cara dan bahan yang kreatif dan inovatif untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
- untuk meningkatkan pemahaman dan menarik minat pelajar terhadap pengajaran yang berkesan.
- untuk merubah sikap pelajar terhadap pembelajaran yang mereka hadapi.
- menggalakkan guru menjadi seorang yang prihatin dan bertindak dengan efektif terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
- untuk menggalakkan guru membudayakan kajian tindakan di sekolah seterusnya dapat meningkatkan pencapaian sekolah.
- untuk mewujudkan satu interaksi pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang berkesan dalam bilik darjah.
- untuk menjadi panduan kepada guru-guru baru melalui dokumentasi kajian tindakan yang diwujudkan melalui pengalaman guru-guru berpengalaman.
Dalam menjayakan sesuatu kajian tindakan adalah sikap guru itu sendiri bagi mewujudkan perasaan prihatin terhadap pembangunan dan pencapaian pelajar mereka sendiri.
Kajian tindakan adalah sesuatu yang luas dan boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang melibatkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Pada pendapat saya, seorang guru bukan sahaja boleh menjalankan kajian tindakan terhadap diri mereka dan pelajar, malahan terhadap guru lain, pengurusan dan situasi serta persekitaran dalam sekolah itu sendiri.
No comments:
Post a Comment