Friday, December 11, 2009

Tugasan 4 :Aktiviti 12: Pemurnian

Melalui Maklum Balas, penambahbaikan telah dibuat kepada matlamat, objektif dan pernyataan masalah dan persoalan kajian.

Tajuk :

TEKNIK PENYOALAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT


Matlamat Kajian

Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT).

Objektif Kajian
  1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT) melalui peratusan markah ujian yang diberikan oleh guru.
  2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan menggunakan aplikasi power point.
  3. Menilai keberkesanan teknik penyoalan menggunakan aplikasi power point kepada pelajar berbanding kaedah biasa yang digunakan secara kertas dan pensil.

Persoalan Kajian

  1. Bagaimana kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran.
  2. Adakah teknik dan kaedah penyoalan akan meningkatkan minat pelajar seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.
  3. Adakah teknik penyoalan dengan menggunakan aplikasi power point lebih berkesan berbanding kaedah biasa yang digunakan (kertas dan pensil).

No comments:

Post a Comment