Pembentangan ini bertajuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Masalah Pendengaran Dalam Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Bagi Tema Pencapaian Kendiri Dengan Menggunakan Kaedah Permainan Dart dan dibentangkan oleh saudari Norsakinah Binti W.Ishak, saudari Nurulhuda Binti Mohd Rejap dan saudari Azwani Binti Mohamad Ariff di Bilik Perdana B.
- Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar masalah pendengaran dalam matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan serta mempelbagaikan amalan pengajaran guru yang hanya tertumpu kepada teknik kuliah kepada teknik permainan.
- Kajian ini melihat bagaimana dapatan daripada tiga orang pelajar perempuan dan enam ornag pelajar lelaki di Sekolah Men. Keb Dato’ Sri Amar Diraja, Muar, Johor.
- Terdapat dua persoalan dalam kajian ini iaitu adakah kaedah permainan dart dapat menarik minat pelajar melibatkan diri ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung? dan adakah kaedah permainan dart dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dari aspek kerjasama dan bertolak ansur dikalangan ahli kumpulan.
- Metodologi yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah melalui rakaman video dan rakaman gambar.Selain itu, pengkaji juga turut menggunakan catatan yang mana melibatkan pengkaji mencatat bagaimana penglibatan pelajar dan secara kaedah temubual tidak berstruktur.
- Pengkaji menggunakan strategi mengikut langkah-langkah yang tetap dalam satu kitaran yang melibatkan langkah merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.
- Daripada dapatan hasil kajian pengkaji melalui teknik video dan gambar, pada pusingan pertama mereka mendapati pelajar dapat melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi tindak balas.Pelajar juga kurang menunjukkan kerjasama dan sifat bertolak ansur di antara satu sama lain.Sikap kerjasama pelajar dapat dilihat pada pusingan kedua apabila wakil yang dipilih oleh guru tidak dapat menjawab soalan dan mereka berbincang di dalam kumpulan.Melalui temubual pula, pelajar berpendapat guru sepatutnya membuat nombor giliran kerana pelajar berebut semasa ingin membaling dart.Pusingan kedua pula lebih memberi kesan yang baik di mana aktiviti kumpulan dijalankan.Pelajar juga tidak merasa mengantuk apabila guru mengajar serta lebih mudah mengingat pembelajaran yang di ajar oleh guru. Melalui catatan pengkaji pula, pusingan kedua di mana pelajar dikehendaki bekerja dalam kumpulan lebih memberikan kesan yang positif kepada pelajar.Dari segi nilai murni, pelajar dapat bekerjasama dan bertolak ansur dalam menunggu giliran.
- Terdapat beberapa cadangan melalui kajian ini, antaranya seperti mengubah pelbagai bentuk permainan seperti teka-teki, jadual bernombor, catur, kotak beracun dan lain-lain lagi.Permainan yang berbentuk fizikal juga boleh dijalankan bagi menarik minat pelajar.Saya dapati kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini adalah sangat menarik.
- Seorang guru yang kreatif dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk belajar seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik pengajaran yang diajar oleh guru.
No comments:
Post a Comment