Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 3 : Kolokium : Data Dari Pelbagai Sumber Dianalisis

Tajuk 1 :
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN TULISAN JAWI DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 MELALUI SLOT “5 MINIT BERSAMA TULISAN JAWI” SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh : Siti Imzahwana binti Abu Naim dan Nurul Hafizah binti Che Mat

Data diperolehi daripada :
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway

Kajian ini berbentuk KUALITATIF.

Teknik Pengumpulan Data :

1) PEMERHATIAN
  • Pengkaji melihat tingkahlaku pelajar dalam bilik darjah.
  • Untuk mengetahui maklumbalas perlajar terhadap tulisan jawi.
2) REFLEKSI PELAJAR
  • Meminta pelajar menulis dan menyatakan pandangan mereka terhadap tulisan jawi.
3) TEMUBUAL BERKUMPULAN
  • Proses perbualan antara guru dan pelajar bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang relevan yang berkaitan dengan kajian.
  • Temubual ini untuk mengukur murid para pelajar terhadap tulisan jawi.
4) UJIAN BULANAN
  • Kaedah ujian pra dan pasca.
  • Ujian pra dijalankan pada bulan pertama dan ujian pasca dijalankan diakhir bulan ketiga.

Melalui "MODUL KURSUS KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN".


Pemerhatian melibatkan tindakan mangambil nota dan merakam peristiwa, perkara, perlakuan,artifak secara sistematik dilatar sosial yang dipilih untuk kajian.Nota lapangan iaitu deskripsi yang terperinci.Mengumpul data melalui pemerhatian memerlukan pengkaji merekodkan apa yang diperhatikan.Merekodkan data perlu:-
  • Dicatatkan dengan tepat.
  • Gunakan singkatan untuk perkataan.
  • Semak nota-nota selepas pemerhatian untuk memperbetulkan kesilapan.
  • Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi.
Refleksi Pelajar merupakan bahan yang dihasilkan oleh pelajar dengan cara penulisan.Pengkaji meminta pelajar menulis dan menyatakan pandangan mereka terhadap tulisan jawi contohnya :
" Kami bosan apabila cikgu masuk ke kelas" - maka kita dapat merumuskan bahawa mungkin guru tidak mempunyai kaedah pengajaran yang afektif dalam menarik perhatian pelajarnya.


Temubual Berkumpulan
merupakan teknik pengumpulan data yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik kepada beberapa individu dalam latar belakang formal dan tidak formal.Terdapat protokol dalam temubual termasuklah :-
  • tajuk
  • kenyataan pembuka kata
  • soalan kajian utama yang ditanya
  • soalan kecil yang mengikut soalan utama
  • ruang merekodkan mesej
  • ruang merekodkan komen penemubual
  • ruang merekodkan nota reflektif
Ujian Bulanan adalah digunakan dalam membezakan pencapaian pelajar antara ujian pra dan pasca.(markah tinggi = lebih memahami pembelajaran / markah rendah = kurang memahami pembelajaran).





No comments:

Post a Comment