Thursday, December 17, 2009

Aktiviti Kelas : Daripada Buku, Bagaimana Data Dari Pelbagai Data dan Teknik Dianalisis

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Apa itu data?
  • Dalam kajian tindakan, data dapat diperolehi daripada bilik darjah dan persekitaran kerja.
  • Data diperolehi daripada pemerhatian, skor ujian di dalam kelas, artifak pelajar, skor ujian yang ditetapkan, repons perbincangan atau perbualan secara tidak formal dan apa yang diamalkan.
  • Adalah penting bagi seorang guru yang mengkaji untuk:
1. menyesuaikan data dengan persoalan.
2. mengetahui data yang menarik.
3. mengenalpasti kaedah analisis yang berkesan.
4. mempertimbangkan data sebagai sumber maklumat.


KUANTITATIF + KUALITATIF + GABUNGAN KEDUA-DUA

Biasanya kajian tindakan lebih kepada pendekatan kualitatif. Walaupun begitu, terdapat juga penggunaan kuantitatif (beberapa nombor secara asasnya), kualitatif (gabungan nombor seperti markah ujian dengan data lain seperti sampel bertulis, respons temuduga, video dan audio, gambar atau hasil kerja pelajar.

  • Kuantitatif
- Melibatkan nombor (nominal, interval atau ratio)
- Menggunakan perisian tertentu contohnya SPSS.

Contoh :
  • markah ujian piawaian
  • markah ujian dalam bilik darjah
  • skor rawak
  • skor berskala
  • maklumat statistik
  • skor peratusan

  • Kualitatif
- Sebagai asas dan sampingan dalam menyediakan maklumat secra biasa merujuk kepada kajian, interaksi dan aktiviti lain.

Contoh ( Sumber primier)
  • Transkrip rakaman video dan audio
  • Nota lapangan pengkaji
  • Jurnal peserta
  • Gambar
  • Temuduga
  • Rekod perbualan / dialog dan perbincangan
Contoh (Sumber sekunder)
  • Dokumen peribadi / keluarga
  • Respon survei
  • Projek-projek
  • Soal selidik
  • Memo dan nota
  • Lukisan dan carta
  • Email, laman web peserta, blogs

ANALISIS DATA KUALITATIF

Dalam proses analisis data, mengkod adalah langkah yang terpenting dilaksanakan.Mengkod ini berasaskan tiga proses utama, (Corbin & Strauss, 2007) : -

1) Membuka Kod ( Open Coding )
- Memecahkan data, mengkaji, membanding beza dan mengkategorikan.
- Contohnya, nota lapangan daripada pemerhatian di pecahkan kepada perkataan, ayat atau perenggan.

2) Memilih Kod (Selective Coding)
- Pemilihan data berdasarkankategori-kategori dan mengesahkan kaitan / hubungan data dengan membandingkan maklumat yang diperolehi untuk penambahbaikan dan perkembangan.

3) Memaksikan kod (Axial Coding)
- Proses yang membolehkan pengkaji membina makna atau mengaitkan antara kategori-kategori yang dikenalpasti.






No comments:

Post a Comment