Friday, December 11, 2009

Tugasan Kelas : Aktiviti 10 : Buku (Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan)

Melalui buku ACTION RESEARCH ESSENTIAL oleh Dorothy Valcarel Craig, masalah kajian tindakan dapat dipertimbangkan melalui beberapa perkara berikut:-
  1. Adakah topik kajian yang dipilih adalah benar-benar hendak dilakukan oleh pengkaji.Sekira benar adakah ia boleh meningkatkan pengetahuan, membina kemahiran pengkaji, dan menyumbang kepada penambahbaikan.
  2. Bolehkah pengkaji menyediakan penerangan yang meyakinkan tentang pemilihan masalah tersebut.
  3. Apakah kesan dapatan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan adakah dapatan membawa kepada perubahan dan penambahbaikan.
  4. Sumber yang dalam menyokong kajian tindakan yang dilakukan.
  5. Adakah permasalahan tersebut berkaitan dengan matlamat dan objektif?
__________________________________________________________

Antara kaedah yang digunakan dalam mengenalpasti masalah dalam kajian adalah :


PERBINCANGAN DENGAN RAKAN SEKERJA / SEKIRANYA PELATIH GURU PERBINCANGAN DENGAN RAKAN, PROFESSOR ATAU PENYELARAS/PENTADBIR.
- Untuk mendapatkan maklumat dan pandangan tentang permasalahan kajian serta mengenalpasti

PEMERHATIAN DI DALAM BILIK DARJAH ATAU PERSEKITARAN KERJA
- Maklumat tambahan dan boleh merujuk kepada permasalahan secara lebih spesifik yang mana dapatannya nanti akan memberi kesan yang besar terhadap persekitaran yang serupa.

MEMPERTIMBANGKAN/RUJUKAN DARIPADA PROJEK KAJIAN LAIN
- Untuk melihat permasalahan daripada pelbagai perspektif / pandangan.
- Untuk melihat permasalahan daripada pandangan atau situasi yang sama.

SESI KONFERENS / PERSIDANGAN PROFESIONAL
- Bagi memfokuskan kepada kajian.Persidangan atau pembentangan secara formal.
- Bagi mempertingkatkan kualiti kajian yang dijalankan.

MENGENALPASTI DAN MENGKAJI SKOR UJIAN, GRED DARJAH, PRODUK PELAJAR, SAMPEL PENULISAN DAN ARTIFAK LAIN DALAM BILIK DARJAH.
- Untuk mengenalpasti kesesuaian kajian tindakan yang akan dijalankan dengan situasi seb

________________________________________________________

SUMBER BAGI MEMILIH PERMASALAHAN DAN TOPIK KAJIAN
Menurut buku ini lagi, terdapat dua sumber utama dalam memilih permasalahan dan topik kajian tindakan iaitu :
1) Di dalam bilik darjah atau persekitaran kerja
2) Di luar bilik darjah atau persekitaran kerja

Didalam bilik darjah atau persekitaran kerja
  • Matlamat
  • Pelan penambahbaikan
  • Masalah pengajaran dan pembelajaran secara spesifik
  • Kandungan dan pembangunan kurikulum
  • Iniasiatif pembangunan profesional
  • Kaedah dan material/bahan yang spesifik
  • Perlaksanaan program
  • Pencapaian pelajar
  • Produk/hasil kerja dan artifak dari pelajar
  • Pemerhatian
  • Perbincangan dan perbualan dengan rakan sekerja
  • Masalah yang telah atau sediaada.
  • Minat pengkaji
  • Minat kumpulan dan sekolah

Di luar bilik darjah atau persekitaran kerja

  • Rujukan bahan bacaan (Literatur review)
  • Rujukan profesional
  • Pembentangan konferen
  • Kajian professor dan rakan
  • Organisasi profesional
  • Laman web dan blog yang berkaitan
  • Bengkel-bengkel profesional
  • Isu-isu terkini negara
  • Iniasiatif kebangsaan
  • Data negara/kebangsaan yang berkaitan dengan kajian.
  • Perbincangan dengan professor dan rakan
  • Temuduga tidak formal dengan rakan
  • Minat pengkaji
  • Kajian sebelum ini yang lengkap berkaitan dengan permasalahan dan isu
  • Pemerhatian.







No comments:

Post a Comment