Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1 : Ulasan Buku : Apa Itu Kajian Tindakan

Menurut Buku : ACTION RESEARCH ESSENTIALS, Dorothy Valcarel Craig
DOING TEACHER RESEARCH (From Inquiry to Understanding) , Donald Freeman

_______________________________________________
KAJIAN TINDAKAN
melibatkan guru memerhati dan membuat kajian untuk memperbaiki cara pengajaran mereka. Kaedah biasa untuk meningkatkan keadaan dan amalan di dalam bilik darjah dan juga pengamal lain yang berasaskan persekitaran seperti pentadbiran, kepimpinan, sosial, dan pembangunan masyarakat.


Kajian tindakan adalah berasaskan komuniti.Komuniti ini adalah bilik darjah, tahap-tahap dalam darjah, sekolah, atau seluruh sistem persekolahan.

Kajian tindakan melibatkan sesuatu pihak menjalankan penyiasatan dalam persekitaran mereka dan bukannya kajian secara ekperimental.

Secara spesifik, kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak mengkaji aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam sesuatu situasi tertentu.

Guru dan pihak lain seperti masyarakat dapat bekerjasama dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk membuat kajian yang sistematik dalam memperbaiki sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah.


Kajian tindakan melibatkan pendekatan secara proaktif di mana ianya mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin akan berlaku dan pendekatan secara reaktif yang melibatkan kita mengkaji masalah yang sedia ada.Kedua-dua proaktif dan reaktif ini melibatkan ciri-ciri mengenalpasti masalah, refleksi dan pembaikan yang berterusan.

PROSES KAJIAN TINDAKAN
melibatkan memilih fokus, merujuk teori-teori yang boleh membantu, mengenalpasti persoalan kajian, melihat soalan secara lebih spesifik, mengenalpasti subjek dan individu yang terlibat, memilih kaedah yang terbaik, mengenalpasti set data, pengumpulan data yang sah, menganalisis data yang diperolehi, merekabentuk pelan tindakan dan bertindak dan melaporkan kajian (laporan).

_________________________________________________________

PROSEDUR KAJIAN

Berdasarkan yang saya baca, PROSEDUR kajian tindakan melibatkan beberapa fasa iaitu :


FASA SEBELUM KAJIAN


1) Fasa 1 : Pemerhatian
- Masalah
- Isu-isu
- keprihatinan

2) Fasa 2 : Menentukan fokus-samada secara individu atau kolaboratif,
mestilah bertindak
balas terhadap beberapa kunci persoalan:-
  • Apakah yang saya hendak cari tentang pelajar atau situasi tertentu?
  • Apa yang penting dan apa yang saya ingin tingkatkan dalam memenuhi keperluan pelajar dan kumpulan tertentu?
  • Apa masalah, isu dan keprihatinan persekitaran tertentu?
  • Apa isu dan keprihatinan yang dikenalpasti untuk meningkatkan situasi tersebut / tertentu?
3) Fasa 3 : Merujuk Teori-Teori yang membantu
  • Teori yang diperlukan bagi mencari maklumat untuk membentuk plan perancangan serta hendak melihat amalan-amalan profesional, mengkaji perasaan, kepercayaan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  • Merekodkan dapatan daripada teori-teori dan menyusun semula kepada peta konsep di mana yang akan membantu meluaskan / memperkembangkan idea-idea dan mengumpul maklumat berkaitan isu dan permasalahan.
4) Fasa 4 : Membentuk persoalan kajian
  • Menyempitkan fokus kajian kepada 3 atau 4 soalan yang baik akan membantu untuk menggerakkan kajian.
5) Fasa 5 : Mengenalpasti Set Data
  • Mengkaji persoalan kajian.
  • Tanya / soal diri tentang data jenis apakah yang diperlukan.
  • Semasa kajian berlangsung, mungkin terdapat data

FASA PERLAKSANAAN DAN ANALISIS


6) Fasa 6 : Pengumpulan Data
  • Adalah dicadangkan penyediaan jadual pengumpulan data.Jadual pengumpulan data hendaklah diikuti sepanjang kajian berjalan .
  • Analisis yang berterusan sepanjang kajian.
  • Sediakan juga jadual masa (timeline).
7) Fasa 7 : Pelan Tindakan dan Laporan Dapatan
  • Analisis yang berterusan akan membantu pengkaji melakar kesimpulan.
  • Hasil dapatan digunakan untuk membentuk pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
  • Kajian tindakan adalah sempurna untuk menjawab soalan " jadi apa?" (so what).Pengkaji kajian tindakan adalah mesti berupaya untuk menjawab soalan-soalan asas kerana keputusan / hasil yang diperolehi daripada pelan tindakan boleh menentukan penambahbaikan amalan.
_____________________________________________________

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Apa itu data?
  • Dalam kajian tindakan, data dapat diperolehi daripada bilik darjah dan persekitaran kerja.
  • Data diperolehi daripada pemerhatian, skor ujian di dalam kelas, artifak pelajar, skor ujian yang ditetapkan, repons perbincangan atau perbualan secara tidak formal dan apa yang diamalkan.
  • Adalah penting bagi seorang guru yang mengkaji untuk:
  1. menyesuaikan data dengan persoalan.
  2. mengetahui data yang menarik.
  3. mengenalpasti kaedah analisis yang berkesan.
  4. mempertimbangkan data sebagai sumber maklumat.
_____________________________________________________

BILA KAJIAN TINDAKAN DIJADIKAN SEBAGAI PILIHAN YANG SESUAI

  1. Mengambil kira di mana kajian dijalankan.
  • masalah, isu dikenalpasti secara spesifik.
  • keputusan / hasil kajian boleh memperingkatkan persekitaran, situasi dan keadaan.
2. Kajian dijalankan berdasarkan masalah yang dihadapi.
(2 senario /keadaan)
  • Kualitatif-rekod dalam kalendar atau diari / rakaman interaksi antara pelajar / pemerhatian guru / temuduga secara tidak formal.
  • Kuantitatif - melalui kaji selidik /kaji selidik secara 'online'. / markah & skor pelajar / data-data penilaian.
____________________________________________________

ETIKA SEORANG PENGKAJI

  1. Kecekapan , Competence : Tugas-tugas sebagai pengkaji untuk membantu / melantik ahli dibawahnya berdasarkan amalan dan prosedur kajian.
  2. Amalan, Practise : Boleh dicapai, gunakan piawaian, standard teknikal yang diterima, perbincangan berdasarkan prosedur dan teknik, tanggungjawab, pengumpulan dan penyimpanan data, laporan dan komunikasi.
  3. Sulit, Confidentiality : Mempertimbangkan kawalan dan keselamatan data.
  4. Hubungan dengan komuniti, interaction with community : kesamarataan antara komuniti.




No comments:

Post a Comment