Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS : NOTA

Konsep dan Model Rekabentuk kajian Tindakan

Sebelum ini kita saya telah menyenaraikan tentang mengapa kajian tindakan perlu dalam pendidikan.Pada kali ini, kita akan melihat model dan rekabentuk kajian tindakan.Ciri-ciri kajian tindakan dapat dilihat dari beberapa aspek pendekatan dan persekitaran.


  • Aspek PENDEKATAN
    · Bagi meningkatkan dan memperbaiki mutu pendidikan.
    · Melibatkan guru-guru membuat analisis kritikal berkaitan dengan sesuatu tindakan dalam situasi di dalam kelas atau organisasi, serta perubahan boleh dicadangkan melalui kajian tindakan yang dijalankan.
    · Kajian tindakan juga melibatkan guru membina teori-teori daripada amalan sebenar.
    · Keutamaan diberikan bagi memahami dan memperbaiki amalan mereka sendiri.

    Aspek PERSEKITARAN
    · Kajian tindakan dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah.
    · Melibatkan guru sebagai penyelidik dan sebaik-baiknya dilakukan secara kolaboratif.
    · Dijalankan secara langsung ataupun tidak langsung dalam sesuatu isu atau masalah yang akan menjadi fokus kajian.
    · Kajian tindakan juga melibatkan tindakan intervensi daripada individu luar yang mana akan membantu dan memudahkan pengkaji membuat analisis dan mengenalpasti antara amalan sebenar dan apa yang diharapkan.



KONSEP-KONSEP KAJIAN TINDAKAN


McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Elliot & Edelman (1976) menyatakan kajian tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru.Meruapakan penyelidikan terhadap situasi social di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru dibilik darjah.

Hanipah Hussin (2001) menyatakan kajian tindakan merupakan satu usaha dibilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan.Peserta (pengurusan sekolah, guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah penambahbaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambahkan kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.


MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Gelungan Skema Tindakan, Kim (1992)
Model ini bertujuan mencari jalan yang terbaik bagi menangani sesuatu isu atau kekurangan yang berfokus.Usaha ini akan diteruskan sehingga dapat mengurangkan kelemahan kajian.Selepas itu, pengkaji akan beralih kepada isu-isu atau topik-topik lain untuk ditangani satu persatu.

Model Gelungan Skema Generatif, Kim
Berdasarkan model ini, isu utama yang menjadi persoalan kajian turut menjana isu dan utama yang menjadi persoalan dan kajian turut menjana isu dan masalah-masalah sampingan yang harus dicari jalan-jalan penyelesaiannya.Persekitaran kajian yang dinamik sentiasa memberi cabaran kepada para pengkaji meneroka isu-isu sampingan yang timbul akibat pembaikan isu pokok.Model ini banyak memberi ruang kepada para guru menjalankan kajian tindakan secara kolaboratif menangani isu-isu utama dan sampingan dengan kepakaran yang ada pada guru dari sudut pengkhususan dan minat.

Model Conzemius & O’Neill (2002)
Langkah pertama dalam merancang adalah mengenalpasti isu, iaitu apa yang hendak dikaji.Sebagai seorang yang profesional dalam bidang tugasnya, langkah ini tidak bermasalah kerana perkara yang hendak dikaji itu sudahpun bermain dalam fikiran pengkaji.Kekuatan bertindak secara kolektif dapat menjana lebih banyak idea-idea menangani cabaran, meringankan beban kerja serta menimbulkan rasa kekitaan dalam organisasi.


No comments:

Post a Comment