Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi and komunikasi telah menyumbang
secara langsung kepada proses pembelajaran and pengajaran. Pemanfaatan teknologi boleh ditafsir melalui kaca mata teori kognitif pembelajaran menggunakan multimedia (Mayer, 2001)dan teori pembelajaran fleksibil (Spiro et al., 1992).

Penmanfaatan teknologi untuk tujuan pendidikan telah menjadi menyumbang kepada
kemunculan beberapa istilah yang mengambarkan sejauh mana teknologi tersebut telah
digunakan. Sebagai contoh istilah-istilah seperti Instuksi Berbantukan komputer (CAI),
Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL), Latihan Berbantukan Komputer (CBT),
dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL). Istilah CALL telah dirumus
khusus untuk merangkumi bidang pemanfaatan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan
bahasa atau lebih khusus pembelajaran dan pengajaran.

Kerangka Teori Pengajaran Berbantukan Komputer
Terdapat beberapa teori yang boleh diguna pakai untuk tujuan menjadikan pengajaran
berbantukan komputer lebih emprikal dan disandarkan kepada bukti-bukti yang diasaskan
oleh pengalaman dan kajian-kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Dua teori diutarakan untuk menjelaskan proses pengajaran iaitu; teori pembelajaran multimedia (Mayer, 2001), dan teori pembelajaran fleksible (Spiro et al., 1992). Berdasarkan kepada teori tersebut maka terbinalah teori pembelajaran multimedia yang mempunyai asas-asas seperti berikut:

- Prinsip multimedia, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanya menggunakan perkataan sahaja.
- Prinsip imbangan spatial, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan
gambar dipersembahkan berdekatan antara satu sama lain berbanding dengan
persembahan yang menjarakkan jauh antara kedua-dua elemen tersebut
- Prinsip imbangan masa, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan
gambar dipersembahkan serentak berbanding dengan persembahan yang
mendahulukan salah satu antara keduanya secara berasingan.
- Prinsip perkaitan, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika unsur-unsur seperti
perkataan, gambar, dan suara yang tiada kaitan dengan tajuk persembahan
dikeluarkan berbanding dengan kemasukan unsur-unsur tersebut dalam
persembahan.
- Prinsip modaliti, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi
dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi dan cerita dalam bentuk
teks tertera.
- Prinsip ulangan, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi
dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi, cerita suara dan cerita
dalam bentuk teks tertera.
- Prinsip perbezaan individu, iaitu pembelajaran melalui multimedia adalah lebih
efektif atas pelajar yang berkebolehan spatial tinggi berbandingan pelajar yang
berkebolehan spatial rendah, juga lebih efektif atas pelajar yang berpengetahuan
rendah berbanding pelajar yang berpengetahuan tinggi.
No comments:
Post a Comment