Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS : Perbandingan Prosedur dan Abstrak Ketiga-Tiga Jurnal

PROSEDUR KAJIAN (PERBANDINGAN KETIGA-TIGA JURNAL)

Jurnal 1 :

Technological Pedagogical Content Knowledge in Action : A Case Study of Middle School Digital Documentary Project

Oleh : Mark Hofer, College of William and Mary & Kathleen Owings Swan, University of Kentucky

Jurnal 2 :

Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confident, Knowledge and Beliefs about Technology.

Oleh : Mary Lundeberg, Mark Bergland dan Karen Klyczek
University of Wisconsin-River Falls

Jurnal 3 :

A New Experience Teaching Phonemic Awareness - A Teacher Action Research

Oleh : Ivy Ng

PERSAMAAN

- Masalah dikaji daripada kekurangan/kelemahan pelajar.

- Perlaksanaan adalah berdasarkan aktiviti.

- Kajian dijalankan dengan kaedah penggabungjalinkan penyelidikan mengumpul data data menganalisis data tersebut.

- Secara berpasukan.

PERBEZAAN

Mengkaji (Minggu Pertama) / Mengkonsepkan
- Pelajar (2/3 kumpulan) memilih dan membuat cadangan tentang tokoh atau topic yang disediakan oleh guru mengikut format tertentu.
- Mencari maklumat melalui internet dan mencetak maklumat.

Menulis (Minggu Kedua) / Merancang
- Menyediakan penulisan mengenai data-data dan bahan-bahan yang diperolehi.
- Pelajar bekerja secara individual pada peringkat ini.

Menghasilkan (Minggu Terakhir) / Melaksanakan
- Membangunkan cerita digital menggunakan Perisian MovieMaker.

· Guru pelatih dikehendaki hadir ke seminar Case It Software.Seminar ini adalah mengenai simulasi multimedia di dalam sains.


· Pada hari pertama dan hari terakhir seminar, guru pelatih ini diminta untuk melengkapkan borang soal selidik.


· Guru pelatih ini diminta menulis esei mengenai dapatan dan cadangan mereka tentang semasa dan selepas seminar.

-Dasar-dasar kerajaan

(hendakkan kanak-kanak mengusai kebolehan membaca-Bahasa Inggeris)

-Melihat / memerhatikan kanak-kanak yang terdiri daripada majority berbangsa Cina (90%) tidak menyebut sukukata dengan betul.

-Berdasarkan pengalaman guru yang mana juga berbangsa Cina.

-Berbincang dengan rakan sekerja.

-Perlaksanaan perancangan (kaedah pengajaran yang baru kepada pelajar berasaskan aktiviti-aktiviti pengajaran)

-Refleksi aktiviti direkodkan.

Remove Formatting from selectionRemove Formatting from selection




Remove Formatting from selectionRemove Formatting from selection
____________________________________

PERBANDINGAN ABSTRAK


Artikel 1
:
Technological Pedagogical Content Knowledge in Action : A Case Study of a Middle School Digital Documentary Project.
Oleh : Mark Hofer, College of William and Mary Kathleen Owing Swan, University of Kentucky

Kajian ini adalah mengenai kajian pengkaji terhadap guru dalam mendidik pelajar mereka menggunakan teknologi seiring dengan pembangunan Teknologi Pedagogi Kandungan Pengetahuan (TPCK) .Kajian ini menyelidik tiga domain dalam pengetahuan guru dan penglibatan mereka dalam projeck menghasilkan video digital dalam kelas pelajar pada gred 6.Kajian ini juga mengkaji
area tahap pengetahuan guru dalam mengajar amalan TPCK.



Artikel 2:
Using Action Research To Develop Preservice Teachers's Confidence, Knowledge and Beliefs about Technology
Oleh : Mary Lundeberg, Mark Bergland, and Karen Klycek, Universiti of Wisconsin-River Fallls
Hoffman, River Falls High school, River Falls, WI

Melibatkan guru-guru pelatih dalam projek kajian tindakan bersama-sama dengan pensyarah mereka dalam mengkaji peluang pengajaran masa depan untuk membangunkan pengetahuan pedagogi, mengenalpasti kepercayaan tentang pengajaran dan mendapatkan keyakinanan.Dalam kajian ini pengkaji melakukan kajian terhadap 10 guru pelatih yang menjalankan kajian tindakan bersama dengan pensyarah, pensyarah guru, dan guru biologi sekolah menengah.Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat samada dengan cara melibatkan guru sains pelatih dalam menilai kes berdasarkan projek pembelajaran multimedia secara kolaboratif memberi kesan terhadap integrasi teknologi mereka dan/atau meningkatkan keyakinan mereka dalam penggunaan teknologi.Guru pelatih dikehendaki hadir ke seminar Case It Software.Seminar ini adalah mengenai simulasi multimedia di dalam sains.Guru pelatih ini diminta menulis esei mengenai dapatan dan cadangan mereka tentang semasa dan selepas seminar.Analisis data diperolehi pemerhatian, temubual dan memeriksa esei guru-guru pelatih tersebut.Guru pelatih membina pengetahuan yang lebih kompleks berkaitan dengan teknologi pedagogi melalui seminar yang disertai oleh mereka serta meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar dalam bidang sains.


Artikel 3 :
A new Experience Teaching Phonemic Awareness -A Teacher Action Research
Oleh : Ivy Ng

Sebagai seorang guru, pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar pengkaji yang terdiri daripada pelajar yang berbangsa Cina tentang kepentingan sebutan yang betul dalam Bahasa Inggeris.Kajian ini juga mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru baru Bahasa Inggeris dalam mencapai kesedaran sebutan Bahasa Inggeris dalam kelas.Pengkaji mendapati kanak-kanak biasanya akan membina pengetahuan awal dalam melukis, meniru, dan menyebut huruf sebelum dapat menyebut huruf dengan baik.Kaedah yang digunakan oleh pengkaji termasuklah mengadakan beberapa ujian pendengaran, bacaan dan melibatkan aktiviti-aktiviti pengembangan yang boleh menarik minat pelajar.

1 comment:

  1. hi...sy sdg buat thesis ttg TPCK in maths. can i have full article of article 1 & 2? if u dont mind =) tq.

    ReplyDelete