Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 8 : Cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan Pengajaran-Pengajaran Subjek Berkenaan

Cadangan Diri Sendiri

  • Guru atau pendidik perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dengan baik supaya aplikasi ICT ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Setiap sekolah menyediakan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat yang mahir dalam aplikasi ICT untuk pendidikan.

Cadangan Ahli Kumpulan

  • Pihak sekolah dan pihak yang berkenaan perlu memastikan yang setiap sekolah perlulah menyediakan prasarana yang lengkap seperti bilik computer untuk kegunaan guru.
  • Guru perlu kreatif dalam menghasilkan power point yang menarik dan boleh menarik minat pelajar.
  • Pihak sekolah perlu menghantar atau menganjurkan kursus-kursus asas computer untuk guru-guru sekolah.

Cadangan Kumpulan Luar

  • Pelajar perlu menjawab soalan secara bertulis diatas kertas.
  • Guru perlu mempunyai kemahiran computer dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai computer.

    Cadangan Berdasarkan Buku & Jurnal

    • Guru sepatutnya membuat persediaan awal bagi menukar kaedah pengajaran biasa tanpa menggunakan ICT (termasuk power point) sekiranya bekalan elektrik terputus atau terdapat masalah pada sistem komputer.
    • Pihak sekolah harus menyediakan seorang pembantu makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Sebagai seorang guru, perlu mahir dalam penggunaan ICT termasuk cara membaiki komputer secara amnya.



    No comments:

    Post a Comment