Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 6 : Kelebihan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

1) Pengalaman / Refleksi Individu

  • Melalui pengalaman saya, penggunaan teknik penyoalan secara bertulis adalah sudah tidak seiring dengan zaman kemajuan teknologi dan ICT sekarang ini. Teknik penyoalan dengan menggunakan kertas (hitam putih) adalah membosankan dan tidak menarik.
  • Dengan menggunakan power point, cara penyoalan dapat ditampilkan dengan lebih menarik, gambar-gambar yang pelbagai dan boleh diaplikasikan selaras dengan penggunaan internet (link).

2) Pengalaman / Refleksi Dalam Pasukan
  • Kaedah penyoalan menggunakan powerpoint adalah menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
  • Teknik penyoalan secara powerpoint adalah merupakan satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos.
  • Selaras dengan perkenbangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.

3) Pengalaman / Refleksi Luar Pasukan

  • Penggunaan power point ini akan meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas.
  • Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penyoalan yang pelbagai menggunakan animasi, video dan lain-lain lagi.

4) Pengalaman / Refelksi Berdasarkan rujukan literatur (buku & jurnal)

Buku : Guru Sebagai Penyelidik (contoh kajian tindakan bertajuk- Improved Methods / powerpoint ways in introducing formulas of ionic compounds.

Pengkaji berkongsi pengetahuan dalam penciptaan model dalam pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik dengan menggunakan persembahan power point. Pembelajaran menggunakan power point adalah lebih menarik daripada menggunakan buku teks sahaja yang membosankan. Pengkaji juga menyatakan mereka boleh mengaitkan ICT dengan pembelajaran mereka. Maklumat juga dapat berkembangan dengan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jurnal : Bertajuk Using Action Research to Develop Preservice Teacher's Confidence, Knowledge and Belief about Technology.

ICT adalah elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.Kajian ini bertujuan untuk membina keyakinan, pengetahuan dan kepercayaan dalam diri dalam teknologi maklumat.Dengan pemahaman yang tinggi dalam bidang ICT, oleh seseorang guru, pelajar dapat memperolehi kepelbagaian dalam pembelajaran mereka secara tanpa terhad kepada pengajaran dan pembelajaran yang tradisional (chalk / talk /paper




No comments:

Post a Comment