TEKNIK PENYOALAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT
Kami memilih tajuk ini berdasarkan beberapa sebab :-
- Kemahiran hidup merupakan subjek yang melibatkan teori dan amalan secara praktikal yang mana memerlukan pelajar memahami topik secara mendalam
- Teknik penyoalan adalah di anggap di antara kaedah terbaik dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam kemahiran hidup.
- Biasanya guru akan menggunakan kaedah penyoalan secara lisan atau berbentuk kertas ujian atau lembaran kerja.Kami ingin melihat kelebihan menggunakan teknik penyoalan dengan menggunakan aplikasi Power Point.
- Aplikasi power point dipilih memandangkan pelajar masa kini lebih terarah kepada teknologi maklumat dan perubahan pemahaman pelajar kepada dunia sains dan teknologi.
- Kaedah penyoalan menggunakan power point akan menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
- Kami melihat teknik penyoalan secara power point sebagai satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos.
- Selaras dengan perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.
No comments:
Post a Comment