Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5 : Mengapa Guru (Pelatih / Novis / Berpengalaman) Perlu Melakukan Kajian Tindakan ?

Berdasarkan buku : ACTION RESEARCH ESSENTIALS
Penulis : Dorothy Valcarcel Craig

Guru Pelatih
  • Untuk mendapatkan gambaran awal tentang dunia sebenar pendidikan di sekolah.
  • Untuk menambahkan ilmu tentang dunia pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui.
  • Untuk memahami pendekatan kajian tindakan yang dijalankan secara natural (kualitatif) dan bukan berasaskan kepada ekperimen yang melibatkan penyelidikan kuantitatif.
  • Untuk melihat, memahami dan mengaplikasikan kajian tindakan secara asas.

Guru Baru /Novis
  • Untuk menkaji dan mendapatkan cara terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembejaran yang mereka gunakan.
  • Untuk melihat kaedah yang terbaik bagi meningkatkan pemahaman pelajar kepada topik atau matapelajaran yang diajar.
  • Untuk menyedarkan guru tentang di mana tahap sebenar keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
  • Untuk menarik minat pelajar dalam jangka masa panjang terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  • Dapat menyelesaikan masalah sendiri.


Guru Berpengalaman

  • Menyelesai masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
  • Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin yang sama.
  • Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
  • Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah pengetahuan baru yang lebih maju mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Proses pengembangan ilmu dan hasil dapatan kajian boleh di dokumentasikan bagi rujukan guru-guru lain.

No comments:

Post a Comment