Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 : Matlamat, Objektif dan Persoalan Kajian

Matlamat Kajian
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT).

Objektif Kajian
  1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT) melalui peratusan markah ujian yang diberikan oleh guru.
  2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup denngan menggunakan aplikasi power point.

Persoalan Kajian

  1. Bagaimana kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran.
  2. Adakah teknik dan kaedah penyoalan akan meningkatkan minat pelajar seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 8 : Cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan Pengajaran-Pengajaran Subjek Berkenaan

Cadangan Diri Sendiri

  • Guru atau pendidik perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dengan baik supaya aplikasi ICT ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Setiap sekolah menyediakan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat yang mahir dalam aplikasi ICT untuk pendidikan.

Cadangan Ahli Kumpulan

  • Pihak sekolah dan pihak yang berkenaan perlu memastikan yang setiap sekolah perlulah menyediakan prasarana yang lengkap seperti bilik computer untuk kegunaan guru.
  • Guru perlu kreatif dalam menghasilkan power point yang menarik dan boleh menarik minat pelajar.
  • Pihak sekolah perlu menghantar atau menganjurkan kursus-kursus asas computer untuk guru-guru sekolah.

Cadangan Kumpulan Luar

  • Pelajar perlu menjawab soalan secara bertulis diatas kertas.
  • Guru perlu mempunyai kemahiran computer dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai computer.

    Cadangan Berdasarkan Buku & Jurnal

    • Guru sepatutnya membuat persediaan awal bagi menukar kaedah pengajaran biasa tanpa menggunakan ICT (termasuk power point) sekiranya bekalan elektrik terputus atau terdapat masalah pada sistem komputer.
    • Pihak sekolah harus menyediakan seorang pembantu makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Sebagai seorang guru, perlu mahir dalam penggunaan ICT termasuk cara membaiki komputer secara amnya.



    Aktiviti 7 : Kelemahan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

    1) Pengalaman / Refleksi Individu

    • Teknik penyoalan jenis ini mungkin akan mendatangkan kekangan kepada sesetengah pelajar yang tidak mahir menggunakan komputer.Kadang kala pelajar mungkin adalah pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi tetapi dengan kelemahan mereka menggunakan komputer dan aplikasi power point ini merupakan satu masalah bagi mereka.
    2) Pengalaman / Refleksi Dalam Pasukan

    • Guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan computer dan power point.
    • Ketiadaan elektrik akan menyebabkan proses P&P akan terganggu.

    3) Pengalaman / Refleksi Luar Pasukan

    • Penggunaan power point akan menyebabkan pelajar malas untuk menulis.
    • Gangguan masalah teknikal seperti ancaman virus, sistem operasi computer yang tidak menyokong power point seperti video.

    4) Pengalaman / Refelksi Berdasarkan rujukan literatur (buku & jurnal).

    • Pelajar menyalahgunakan ICT kepada sesuatu yang negatif.
    • Terdapat juga laman web yang seperti pendidikan tetapi tidak berasaskan kepada fakta yang benar seperti buku ataupun rujukan bertulis.

    Aktiviti 6 : Kelebihan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

    1) Pengalaman / Refleksi Individu

    • Melalui pengalaman saya, penggunaan teknik penyoalan secara bertulis adalah sudah tidak seiring dengan zaman kemajuan teknologi dan ICT sekarang ini. Teknik penyoalan dengan menggunakan kertas (hitam putih) adalah membosankan dan tidak menarik.
    • Dengan menggunakan power point, cara penyoalan dapat ditampilkan dengan lebih menarik, gambar-gambar yang pelbagai dan boleh diaplikasikan selaras dengan penggunaan internet (link).

    2) Pengalaman / Refleksi Dalam Pasukan
    • Kaedah penyoalan menggunakan powerpoint adalah menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
    • Teknik penyoalan secara powerpoint adalah merupakan satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos.
    • Selaras dengan perkenbangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.

    3) Pengalaman / Refleksi Luar Pasukan

    • Penggunaan power point ini akan meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas.
    • Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penyoalan yang pelbagai menggunakan animasi, video dan lain-lain lagi.

    4) Pengalaman / Refelksi Berdasarkan rujukan literatur (buku & jurnal)

    Buku : Guru Sebagai Penyelidik (contoh kajian tindakan bertajuk- Improved Methods / powerpoint ways in introducing formulas of ionic compounds.

    Pengkaji berkongsi pengetahuan dalam penciptaan model dalam pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik dengan menggunakan persembahan power point. Pembelajaran menggunakan power point adalah lebih menarik daripada menggunakan buku teks sahaja yang membosankan. Pengkaji juga menyatakan mereka boleh mengaitkan ICT dengan pembelajaran mereka. Maklumat juga dapat berkembangan dengan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Jurnal : Bertajuk Using Action Research to Develop Preservice Teacher's Confidence, Knowledge and Belief about Technology.

    ICT adalah elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.Kajian ini bertujuan untuk membina keyakinan, pengetahuan dan kepercayaan dalam diri dalam teknologi maklumat.Dengan pemahaman yang tinggi dalam bidang ICT, oleh seseorang guru, pelajar dapat memperolehi kepelbagaian dalam pembelajaran mereka secara tanpa terhad kepada pengajaran dan pembelajaran yang tradisional (chalk / talk /paper




    Friday, November 13, 2009

    Aktiviti 5 : Mengapa Guru (Pelatih / Novis / Berpengalaman) Perlu Melakukan Kajian Tindakan ?

    Berdasarkan buku : ACTION RESEARCH ESSENTIALS
    Penulis : Dorothy Valcarcel Craig

    Guru Pelatih
    • Untuk mendapatkan gambaran awal tentang dunia sebenar pendidikan di sekolah.
    • Untuk menambahkan ilmu tentang dunia pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui.
    • Untuk memahami pendekatan kajian tindakan yang dijalankan secara natural (kualitatif) dan bukan berasaskan kepada ekperimen yang melibatkan penyelidikan kuantitatif.
    • Untuk melihat, memahami dan mengaplikasikan kajian tindakan secara asas.

    Guru Baru /Novis
    • Untuk menkaji dan mendapatkan cara terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembejaran yang mereka gunakan.
    • Untuk melihat kaedah yang terbaik bagi meningkatkan pemahaman pelajar kepada topik atau matapelajaran yang diajar.
    • Untuk menyedarkan guru tentang di mana tahap sebenar keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
    • Untuk menarik minat pelajar dalam jangka masa panjang terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
    • Dapat menyelesaikan masalah sendiri.


    Guru Berpengalaman

    • Menyelesai masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
    • Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin yang sama.
    • Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
    • Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah pengetahuan baru yang lebih maju mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
    • Proses pengembangan ilmu dan hasil dapatan kajian boleh di dokumentasikan bagi rujukan guru-guru lain.

    Aktiviti 4 : Tajuk Mini Kajian

    TEKNIK PENYOALAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT
    Kami memilih tajuk ini berdasarkan beberapa sebab :-
    • Kemahiran hidup merupakan subjek yang melibatkan teori dan amalan secara praktikal yang mana memerlukan pelajar memahami topik secara mendalam
    • Teknik penyoalan adalah di anggap di antara kaedah terbaik dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam kemahiran hidup.
    • Biasanya guru akan menggunakan kaedah penyoalan secara lisan atau berbentuk kertas ujian atau lembaran kerja.Kami ingin melihat kelebihan menggunakan teknik penyoalan dengan menggunakan aplikasi Power Point.
    • Aplikasi power point dipilih memandangkan pelajar masa kini lebih terarah kepada teknologi maklumat dan perubahan pemahaman pelajar kepada dunia sains dan teknologi.
    • Kaedah penyoalan menggunakan power point akan menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
    • Kami melihat teknik penyoalan secara power point sebagai satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos.
    • Selaras dengan perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.

    Saturday, November 7, 2009

    TUGASAN KELAS : Perbandingan Prosedur dan Abstrak Ketiga-Tiga Jurnal

    PROSEDUR KAJIAN (PERBANDINGAN KETIGA-TIGA JURNAL)

    Jurnal 1 :

    Technological Pedagogical Content Knowledge in Action : A Case Study of Middle School Digital Documentary Project

    Oleh : Mark Hofer, College of William and Mary & Kathleen Owings Swan, University of Kentucky

    Jurnal 2 :

    Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confident, Knowledge and Beliefs about Technology.

    Oleh : Mary Lundeberg, Mark Bergland dan Karen Klyczek
    University of Wisconsin-River Falls

    Jurnal 3 :

    A New Experience Teaching Phonemic Awareness - A Teacher Action Research

    Oleh : Ivy Ng

    PERSAMAAN

    - Masalah dikaji daripada kekurangan/kelemahan pelajar.

    - Perlaksanaan adalah berdasarkan aktiviti.

    - Kajian dijalankan dengan kaedah penggabungjalinkan penyelidikan mengumpul data data menganalisis data tersebut.

    - Secara berpasukan.

    PERBEZAAN

    Mengkaji (Minggu Pertama) / Mengkonsepkan
    - Pelajar (2/3 kumpulan) memilih dan membuat cadangan tentang tokoh atau topic yang disediakan oleh guru mengikut format tertentu.
    - Mencari maklumat melalui internet dan mencetak maklumat.

    Menulis (Minggu Kedua) / Merancang
    - Menyediakan penulisan mengenai data-data dan bahan-bahan yang diperolehi.
    - Pelajar bekerja secara individual pada peringkat ini.

    Menghasilkan (Minggu Terakhir) / Melaksanakan
    - Membangunkan cerita digital menggunakan Perisian MovieMaker.

    · Guru pelatih dikehendaki hadir ke seminar Case It Software.Seminar ini adalah mengenai simulasi multimedia di dalam sains.


    · Pada hari pertama dan hari terakhir seminar, guru pelatih ini diminta untuk melengkapkan borang soal selidik.


    · Guru pelatih ini diminta menulis esei mengenai dapatan dan cadangan mereka tentang semasa dan selepas seminar.

    -Dasar-dasar kerajaan

    (hendakkan kanak-kanak mengusai kebolehan membaca-Bahasa Inggeris)

    -Melihat / memerhatikan kanak-kanak yang terdiri daripada majority berbangsa Cina (90%) tidak menyebut sukukata dengan betul.

    -Berdasarkan pengalaman guru yang mana juga berbangsa Cina.

    -Berbincang dengan rakan sekerja.

    -Perlaksanaan perancangan (kaedah pengajaran yang baru kepada pelajar berasaskan aktiviti-aktiviti pengajaran)

    -Refleksi aktiviti direkodkan.

    Remove Formatting from selectionRemove Formatting from selection




    Remove Formatting from selectionRemove Formatting from selection
    ____________________________________

    PERBANDINGAN ABSTRAK


    Artikel 1
    :
    Technological Pedagogical Content Knowledge in Action : A Case Study of a Middle School Digital Documentary Project.
    Oleh : Mark Hofer, College of William and Mary Kathleen Owing Swan, University of Kentucky

    Kajian ini adalah mengenai kajian pengkaji terhadap guru dalam mendidik pelajar mereka menggunakan teknologi seiring dengan pembangunan Teknologi Pedagogi Kandungan Pengetahuan (TPCK) .Kajian ini menyelidik tiga domain dalam pengetahuan guru dan penglibatan mereka dalam projeck menghasilkan video digital dalam kelas pelajar pada gred 6.Kajian ini juga mengkaji
    area tahap pengetahuan guru dalam mengajar amalan TPCK.



    Artikel 2:
    Using Action Research To Develop Preservice Teachers's Confidence, Knowledge and Beliefs about Technology
    Oleh : Mary Lundeberg, Mark Bergland, and Karen Klycek, Universiti of Wisconsin-River Fallls
    Hoffman, River Falls High school, River Falls, WI

    Melibatkan guru-guru pelatih dalam projek kajian tindakan bersama-sama dengan pensyarah mereka dalam mengkaji peluang pengajaran masa depan untuk membangunkan pengetahuan pedagogi, mengenalpasti kepercayaan tentang pengajaran dan mendapatkan keyakinanan.Dalam kajian ini pengkaji melakukan kajian terhadap 10 guru pelatih yang menjalankan kajian tindakan bersama dengan pensyarah, pensyarah guru, dan guru biologi sekolah menengah.Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat samada dengan cara melibatkan guru sains pelatih dalam menilai kes berdasarkan projek pembelajaran multimedia secara kolaboratif memberi kesan terhadap integrasi teknologi mereka dan/atau meningkatkan keyakinan mereka dalam penggunaan teknologi.Guru pelatih dikehendaki hadir ke seminar Case It Software.Seminar ini adalah mengenai simulasi multimedia di dalam sains.Guru pelatih ini diminta menulis esei mengenai dapatan dan cadangan mereka tentang semasa dan selepas seminar.Analisis data diperolehi pemerhatian, temubual dan memeriksa esei guru-guru pelatih tersebut.Guru pelatih membina pengetahuan yang lebih kompleks berkaitan dengan teknologi pedagogi melalui seminar yang disertai oleh mereka serta meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar dalam bidang sains.


    Artikel 3 :
    A new Experience Teaching Phonemic Awareness -A Teacher Action Research
    Oleh : Ivy Ng

    Sebagai seorang guru, pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar pengkaji yang terdiri daripada pelajar yang berbangsa Cina tentang kepentingan sebutan yang betul dalam Bahasa Inggeris.Kajian ini juga mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru baru Bahasa Inggeris dalam mencapai kesedaran sebutan Bahasa Inggeris dalam kelas.Pengkaji mendapati kanak-kanak biasanya akan membina pengetahuan awal dalam melukis, meniru, dan menyebut huruf sebelum dapat menyebut huruf dengan baik.Kaedah yang digunakan oleh pengkaji termasuklah mengadakan beberapa ujian pendengaran, bacaan dan melibatkan aktiviti-aktiviti pengembangan yang boleh menarik minat pelajar.