Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 3 : Kolokium : Data Dari Pelbagai Sumber Dianalisis

Tajuk 1 :
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN TULISAN JAWI DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 MELALUI SLOT “5 MINIT BERSAMA TULISAN JAWI” SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh : Siti Imzahwana binti Abu Naim dan Nurul Hafizah binti Che Mat

Data diperolehi daripada :
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway

Kajian ini berbentuk KUALITATIF.

Teknik Pengumpulan Data :

1) PEMERHATIAN
  • Pengkaji melihat tingkahlaku pelajar dalam bilik darjah.
  • Untuk mengetahui maklumbalas perlajar terhadap tulisan jawi.
2) REFLEKSI PELAJAR
  • Meminta pelajar menulis dan menyatakan pandangan mereka terhadap tulisan jawi.
3) TEMUBUAL BERKUMPULAN
  • Proses perbualan antara guru dan pelajar bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang relevan yang berkaitan dengan kajian.
  • Temubual ini untuk mengukur murid para pelajar terhadap tulisan jawi.
4) UJIAN BULANAN
  • Kaedah ujian pra dan pasca.
  • Ujian pra dijalankan pada bulan pertama dan ujian pasca dijalankan diakhir bulan ketiga.

Melalui "MODUL KURSUS KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN".


Pemerhatian melibatkan tindakan mangambil nota dan merakam peristiwa, perkara, perlakuan,artifak secara sistematik dilatar sosial yang dipilih untuk kajian.Nota lapangan iaitu deskripsi yang terperinci.Mengumpul data melalui pemerhatian memerlukan pengkaji merekodkan apa yang diperhatikan.Merekodkan data perlu:-
  • Dicatatkan dengan tepat.
  • Gunakan singkatan untuk perkataan.
  • Semak nota-nota selepas pemerhatian untuk memperbetulkan kesilapan.
  • Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi.
Refleksi Pelajar merupakan bahan yang dihasilkan oleh pelajar dengan cara penulisan.Pengkaji meminta pelajar menulis dan menyatakan pandangan mereka terhadap tulisan jawi contohnya :
" Kami bosan apabila cikgu masuk ke kelas" - maka kita dapat merumuskan bahawa mungkin guru tidak mempunyai kaedah pengajaran yang afektif dalam menarik perhatian pelajarnya.


Temubual Berkumpulan
merupakan teknik pengumpulan data yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik kepada beberapa individu dalam latar belakang formal dan tidak formal.Terdapat protokol dalam temubual termasuklah :-
  • tajuk
  • kenyataan pembuka kata
  • soalan kajian utama yang ditanya
  • soalan kecil yang mengikut soalan utama
  • ruang merekodkan mesej
  • ruang merekodkan komen penemubual
  • ruang merekodkan nota reflektif
Ujian Bulanan adalah digunakan dalam membezakan pencapaian pelajar antara ujian pra dan pasca.(markah tinggi = lebih memahami pembelajaran / markah rendah = kurang memahami pembelajaran).





Aktiviti Kelas : Daripada Buku, Bagaimana Data Dari Pelbagai Data dan Teknik Dianalisis

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Apa itu data?
  • Dalam kajian tindakan, data dapat diperolehi daripada bilik darjah dan persekitaran kerja.
  • Data diperolehi daripada pemerhatian, skor ujian di dalam kelas, artifak pelajar, skor ujian yang ditetapkan, repons perbincangan atau perbualan secara tidak formal dan apa yang diamalkan.
  • Adalah penting bagi seorang guru yang mengkaji untuk:
1. menyesuaikan data dengan persoalan.
2. mengetahui data yang menarik.
3. mengenalpasti kaedah analisis yang berkesan.
4. mempertimbangkan data sebagai sumber maklumat.


KUANTITATIF + KUALITATIF + GABUNGAN KEDUA-DUA

Biasanya kajian tindakan lebih kepada pendekatan kualitatif. Walaupun begitu, terdapat juga penggunaan kuantitatif (beberapa nombor secara asasnya), kualitatif (gabungan nombor seperti markah ujian dengan data lain seperti sampel bertulis, respons temuduga, video dan audio, gambar atau hasil kerja pelajar.

  • Kuantitatif
- Melibatkan nombor (nominal, interval atau ratio)
- Menggunakan perisian tertentu contohnya SPSS.

Contoh :
  • markah ujian piawaian
  • markah ujian dalam bilik darjah
  • skor rawak
  • skor berskala
  • maklumat statistik
  • skor peratusan

  • Kualitatif
- Sebagai asas dan sampingan dalam menyediakan maklumat secra biasa merujuk kepada kajian, interaksi dan aktiviti lain.

Contoh ( Sumber primier)
  • Transkrip rakaman video dan audio
  • Nota lapangan pengkaji
  • Jurnal peserta
  • Gambar
  • Temuduga
  • Rekod perbualan / dialog dan perbincangan
Contoh (Sumber sekunder)
  • Dokumen peribadi / keluarga
  • Respon survei
  • Projek-projek
  • Soal selidik
  • Memo dan nota
  • Lukisan dan carta
  • Email, laman web peserta, blogs

ANALISIS DATA KUALITATIF

Dalam proses analisis data, mengkod adalah langkah yang terpenting dilaksanakan.Mengkod ini berasaskan tiga proses utama, (Corbin & Strauss, 2007) : -

1) Membuka Kod ( Open Coding )
- Memecahkan data, mengkaji, membanding beza dan mengkategorikan.
- Contohnya, nota lapangan daripada pemerhatian di pecahkan kepada perkataan, ayat atau perenggan.

2) Memilih Kod (Selective Coding)
- Pemilihan data berdasarkankategori-kategori dan mengesahkan kaitan / hubungan data dengan membandingkan maklumat yang diperolehi untuk penambahbaikan dan perkembangan.

3) Memaksikan kod (Axial Coding)
- Proses yang membolehkan pengkaji membina makna atau mengaitkan antara kategori-kategori yang dikenalpasti.






Friday, December 11, 2009

Tugasan 4 : Aktiviti 13 : Teori, Strategi dan kaedah.

Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi and komunikasi telah menyumbang
secara langsung kepada proses pembelajaran and pengajaran. Pemanfaatan teknologi boleh ditafsir melalui kaca mata teori kognitif pembelajaran menggunakan multimedia (Mayer, 2001)dan teori pembelajaran fleksibil (Spiro et al., 1992).

Penmanfaatan teknologi untuk tujuan pendidikan telah menjadi menyumbang kepada
kemunculan beberapa istilah yang mengambarkan sejauh mana teknologi tersebut telah
digunakan. Sebagai contoh istilah-istilah seperti Instuksi Berbantukan komputer (CAI),
Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL), Latihan Berbantukan Komputer (CBT),
dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL). Istilah CALL telah dirumus
khusus untuk merangkumi bidang pemanfaatan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan
bahasa atau lebih khusus pembelajaran dan pengajaran.


Kerangka Teori Pengajaran Berbantukan Komputer


Terdapat beberapa teori yang boleh diguna pakai untuk tujuan menjadikan pengajaran
berbantukan komputer lebih emprikal dan disandarkan kepada bukti-bukti yang diasaskan
oleh pengalaman dan kajian-kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Dua teori diutarakan untuk menjelaskan proses pengajaran iaitu; teori pembelajaran multimedia (Mayer, 2001), dan teori pembelajaran fleksible (Spiro et al., 1992). Berdasarkan kepada teori tersebut maka terbinalah teori pembelajaran multimedia yang mempunyai asas-asas seperti berikut:

  • Prinsip multimedia, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanya menggunakan perkataan sahaja.
  • Prinsip imbangan spatial, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan
    gambar dipersembahkan berdekatan antara satu sama lain berbanding dengan
    persembahan yang menjarakkan jauh antara kedua-dua elemen tersebut
  • Prinsip imbangan masa, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan
    gambar dipersembahkan serentak berbanding dengan persembahan yang
    mendahulukan salah satu antara keduanya secara berasingan.
  • Prinsip perkaitan, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika unsur-unsur seperti
    perkataan, gambar, dan suara yang tiada kaitan dengan tajuk persembahan
    dikeluarkan berbanding dengan kemasukan unsur-unsur tersebut dalam
    persembahan.
  • Prinsip modaliti, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi
    dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi dan cerita dalam bentuk
    teks tertera.
  • Prinsip ulangan, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi
    dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi, cerita suara dan cerita
    dalam bentuk teks tertera.
  • Prinsip perbezaan individu, iaitu pembelajaran melalui multimedia adalah lebih
    efektif atas pelajar yang berkebolehan spatial tinggi berbandingan pelajar yang
    berkebolehan spatial rendah, juga lebih efektif atas pelajar yang berpengetahuan
    rendah berbanding pelajar yang berpengetahuan tinggi.

Tugasan 4 :Aktiviti 12: Pemurnian

Melalui Maklum Balas, penambahbaikan telah dibuat kepada matlamat, objektif dan pernyataan masalah dan persoalan kajian.

Tajuk :

TEKNIK PENYOALAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DENGAN MENGGUNAKAN POWER POINT


Matlamat Kajian

Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT).

Objektif Kajian
  1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT) melalui peratusan markah ujian yang diberikan oleh guru.
  2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan menggunakan aplikasi power point.
  3. Menilai keberkesanan teknik penyoalan menggunakan aplikasi power point kepada pelajar berbanding kaedah biasa yang digunakan secara kertas dan pensil.

Persoalan Kajian

  1. Bagaimana kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran.
  2. Adakah teknik dan kaedah penyoalan akan meningkatkan minat pelajar seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.
  3. Adakah teknik penyoalan dengan menggunakan aplikasi power point lebih berkesan berbanding kaedah biasa yang digunakan (kertas dan pensil).

Tugasan 2 : Aktiviti 11 : Pernyataan Masalah Kajian

PERNYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN

Menaksir masalah dan merancang tindakan penambahbaikan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kajian tindakan.Masalah harus diteliti sebelum merancang tindakan.Dalam mentaksir masalah, beberapa pendekatan atau bahan digunakan seperti pemerhatian, rekod-rekod rasmi, ulasan-ulasan dan soal selidik. " Masalah perlu dianalisis dengan teliti sebelum merancang tindakan"

Berikut merupakan pernyataan masalah ketiga-tiga jurnal yang telah saya pilih.

Jurnal 1 : Technological Pedagogical Content Knowledge in Action : A Case Study of a Middle School Digital Documentary Project.
Oleh : Mark Hofer, College of William and Mary & Kathleen Owings Swan, University of Kentucky

Pernyataan Masalah
  • Adakah dengan menghasilkan video digital sendiri berkiatan dengan topik pengajaran akan menjadikan pemahaman pelajar meningkat serta di dalam domain apakah antara kandungan, pedagogi dan teknologi yang terlibat dalam diri guru melalui penghasilan video digital pembelajaran ini?
Bagaimana mereka melaporkan masalah
  1. Cabaran dan halangan yang dihadapi oleh guru apabila mereka ingin membawa/menggunakan teknologi dalam amalan pengajaran mereka.
  2. Mereka ingin melihat bagaimana sekiranya pelajar menghasilkan video digital mereka sendiri dalam pembelajara
__________________________________________________
Jurnal 2
: Using Action Research to Develop Preservice Teachers' Confidence, Knowledge and Beliefs about Technology

Oleh : Mary Lundeberg, Mark Bergland, and Karen Klyczek, University of Wisconsin-River Falls & Dan Hoffman River Falls High School River Falls, WI.

Pernyataan Masalah
  • Adakah dengan melibatkan guru pelatih dalam kajian tindakan berkaitan dengan sesuatu projek akan meningkatkan pengetahuan dan keyakinan mereka untuk mengajar matapelajaran berasaskan teknologi?
Bagaimana mereka melaporkan masalah
  • Persoalan kepada guru baru untuk menghadkan pengetahuan mereka dalam konsep biologi dan tahap keyakinan mereka tentang teknologi apabila mengajar sains di dalam kelas berasaskan penggunaan teknologi.
  • Pengetahuan dan keyakinan (keberkesanan) guru akan meningkatkan pemahaman pelajar.
__________________________________________________
Jurnal 3
: A New Experience Teaching Phonemic Awareness - A Teacher Action Research

Oleh : Ivy Ng

Pernyataan Masalah
  • Mengapakah kanak-kanak sukar untuk menguasai kemahiran sebutan dalam Bahasa Inggeris?
  • Bagaimana untuk membantu kanak-kanak dalam membina kemahiran asas dalam sebutan English yang betul?

Bagaimana mereka melaporkan masalah

  1. Kerajaan tempatan menggesa guru-guru prasekolah dalam memfokuskan kemahiran akademik asas.
  2. Literasi awal adalah kurikulum kritikal yang difokuskan disemua sekolah prasekolah untuk Program Pembangunan Kanak-kanak (Child Development Program) di sekolah-sekolah awam di sekitar bandar Francisco Bay.
  3. Penilaian melibatkan konsep cetakan, pengetahuan alphabet dan kesedaran fonologi (bunyi bahasa).
  4. Kepentingan kesedaran fonomik pada peringkat awal pembacaan, program guru-guru adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang irama dan penyusunan bunyi sukukata.

Tugasan Kelas : Aktiviti 10 : Buku (Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan)

Melalui buku ACTION RESEARCH ESSENTIAL oleh Dorothy Valcarel Craig, masalah kajian tindakan dapat dipertimbangkan melalui beberapa perkara berikut:-
  1. Adakah topik kajian yang dipilih adalah benar-benar hendak dilakukan oleh pengkaji.Sekira benar adakah ia boleh meningkatkan pengetahuan, membina kemahiran pengkaji, dan menyumbang kepada penambahbaikan.
  2. Bolehkah pengkaji menyediakan penerangan yang meyakinkan tentang pemilihan masalah tersebut.
  3. Apakah kesan dapatan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan adakah dapatan membawa kepada perubahan dan penambahbaikan.
  4. Sumber yang dalam menyokong kajian tindakan yang dilakukan.
  5. Adakah permasalahan tersebut berkaitan dengan matlamat dan objektif?
__________________________________________________________

Antara kaedah yang digunakan dalam mengenalpasti masalah dalam kajian adalah :


PERBINCANGAN DENGAN RAKAN SEKERJA / SEKIRANYA PELATIH GURU PERBINCANGAN DENGAN RAKAN, PROFESSOR ATAU PENYELARAS/PENTADBIR.
- Untuk mendapatkan maklumat dan pandangan tentang permasalahan kajian serta mengenalpasti

PEMERHATIAN DI DALAM BILIK DARJAH ATAU PERSEKITARAN KERJA
- Maklumat tambahan dan boleh merujuk kepada permasalahan secara lebih spesifik yang mana dapatannya nanti akan memberi kesan yang besar terhadap persekitaran yang serupa.

MEMPERTIMBANGKAN/RUJUKAN DARIPADA PROJEK KAJIAN LAIN
- Untuk melihat permasalahan daripada pelbagai perspektif / pandangan.
- Untuk melihat permasalahan daripada pandangan atau situasi yang sama.

SESI KONFERENS / PERSIDANGAN PROFESIONAL
- Bagi memfokuskan kepada kajian.Persidangan atau pembentangan secara formal.
- Bagi mempertingkatkan kualiti kajian yang dijalankan.

MENGENALPASTI DAN MENGKAJI SKOR UJIAN, GRED DARJAH, PRODUK PELAJAR, SAMPEL PENULISAN DAN ARTIFAK LAIN DALAM BILIK DARJAH.
- Untuk mengenalpasti kesesuaian kajian tindakan yang akan dijalankan dengan situasi seb

________________________________________________________

SUMBER BAGI MEMILIH PERMASALAHAN DAN TOPIK KAJIAN
Menurut buku ini lagi, terdapat dua sumber utama dalam memilih permasalahan dan topik kajian tindakan iaitu :
1) Di dalam bilik darjah atau persekitaran kerja
2) Di luar bilik darjah atau persekitaran kerja

Didalam bilik darjah atau persekitaran kerja
  • Matlamat
  • Pelan penambahbaikan
  • Masalah pengajaran dan pembelajaran secara spesifik
  • Kandungan dan pembangunan kurikulum
  • Iniasiatif pembangunan profesional
  • Kaedah dan material/bahan yang spesifik
  • Perlaksanaan program
  • Pencapaian pelajar
  • Produk/hasil kerja dan artifak dari pelajar
  • Pemerhatian
  • Perbincangan dan perbualan dengan rakan sekerja
  • Masalah yang telah atau sediaada.
  • Minat pengkaji
  • Minat kumpulan dan sekolah

Di luar bilik darjah atau persekitaran kerja

  • Rujukan bahan bacaan (Literatur review)
  • Rujukan profesional
  • Pembentangan konferen
  • Kajian professor dan rakan
  • Organisasi profesional
  • Laman web dan blog yang berkaitan
  • Bengkel-bengkel profesional
  • Isu-isu terkini negara
  • Iniasiatif kebangsaan
  • Data negara/kebangsaan yang berkaitan dengan kajian.
  • Perbincangan dengan professor dan rakan
  • Temuduga tidak formal dengan rakan
  • Minat pengkaji
  • Kajian sebelum ini yang lengkap berkaitan dengan permasalahan dan isu
  • Pemerhatian.







Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 : Matlamat, Objektif dan Persoalan Kajian

Matlamat Kajian
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT).

Objektif Kajian
  1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT) melalui peratusan markah ujian yang diberikan oleh guru.
  2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup denngan menggunakan aplikasi power point.

Persoalan Kajian

  1. Bagaimana kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran.
  2. Adakah teknik dan kaedah penyoalan akan meningkatkan minat pelajar seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 8 : Cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan Pengajaran-Pengajaran Subjek Berkenaan

Cadangan Diri Sendiri

  • Guru atau pendidik perlu mempunyai pengetahuan tentang ICT dengan baik supaya aplikasi ICT ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Setiap sekolah menyediakan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat yang mahir dalam aplikasi ICT untuk pendidikan.

Cadangan Ahli Kumpulan

  • Pihak sekolah dan pihak yang berkenaan perlu memastikan yang setiap sekolah perlulah menyediakan prasarana yang lengkap seperti bilik computer untuk kegunaan guru.
  • Guru perlu kreatif dalam menghasilkan power point yang menarik dan boleh menarik minat pelajar.
  • Pihak sekolah perlu menghantar atau menganjurkan kursus-kursus asas computer untuk guru-guru sekolah.

Cadangan Kumpulan Luar

  • Pelajar perlu menjawab soalan secara bertulis diatas kertas.
  • Guru perlu mempunyai kemahiran computer dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai computer.

    Cadangan Berdasarkan Buku & Jurnal

    • Guru sepatutnya membuat persediaan awal bagi menukar kaedah pengajaran biasa tanpa menggunakan ICT (termasuk power point) sekiranya bekalan elektrik terputus atau terdapat masalah pada sistem komputer.
    • Pihak sekolah harus menyediakan seorang pembantu makmal komputer di sekolah-sekolah bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Sebagai seorang guru, perlu mahir dalam penggunaan ICT termasuk cara membaiki komputer secara amnya.



    Aktiviti 7 : Kelemahan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

    1) Pengalaman / Refleksi Individu

    • Teknik penyoalan jenis ini mungkin akan mendatangkan kekangan kepada sesetengah pelajar yang tidak mahir menggunakan komputer.Kadang kala pelajar mungkin adalah pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang tinggi tetapi dengan kelemahan mereka menggunakan komputer dan aplikasi power point ini merupakan satu masalah bagi mereka.
    2) Pengalaman / Refleksi Dalam Pasukan

    • Guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan computer dan power point.
    • Ketiadaan elektrik akan menyebabkan proses P&P akan terganggu.

    3) Pengalaman / Refleksi Luar Pasukan

    • Penggunaan power point akan menyebabkan pelajar malas untuk menulis.
    • Gangguan masalah teknikal seperti ancaman virus, sistem operasi computer yang tidak menyokong power point seperti video.

    4) Pengalaman / Refelksi Berdasarkan rujukan literatur (buku & jurnal).

    • Pelajar menyalahgunakan ICT kepada sesuatu yang negatif.
    • Terdapat juga laman web yang seperti pendidikan tetapi tidak berasaskan kepada fakta yang benar seperti buku ataupun rujukan bertulis.

    Aktiviti 6 : Kelebihan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

    1) Pengalaman / Refleksi Individu

    • Melalui pengalaman saya, penggunaan teknik penyoalan secara bertulis adalah sudah tidak seiring dengan zaman kemajuan teknologi dan ICT sekarang ini. Teknik penyoalan dengan menggunakan kertas (hitam putih) adalah membosankan dan tidak menarik.
    • Dengan menggunakan power point, cara penyoalan dapat ditampilkan dengan lebih menarik, gambar-gambar yang pelbagai dan boleh diaplikasikan selaras dengan penggunaan internet (link).

    2) Pengalaman / Refleksi Dalam Pasukan
    • Kaedah penyoalan menggunakan powerpoint adalah menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.
    • Teknik penyoalan secara powerpoint adalah merupakan satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos.
    • Selaras dengan perkenbangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.

    3) Pengalaman / Refleksi Luar Pasukan

    • Penggunaan power point ini akan meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas.
    • Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penyoalan yang pelbagai menggunakan animasi, video dan lain-lain lagi.

    4) Pengalaman / Refelksi Berdasarkan rujukan literatur (buku & jurnal)

    Buku : Guru Sebagai Penyelidik (contoh kajian tindakan bertajuk- Improved Methods / powerpoint ways in introducing formulas of ionic compounds.

    Pengkaji berkongsi pengetahuan dalam penciptaan model dalam pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik dengan menggunakan persembahan power point. Pembelajaran menggunakan power point adalah lebih menarik daripada menggunakan buku teks sahaja yang membosankan. Pengkaji juga menyatakan mereka boleh mengaitkan ICT dengan pembelajaran mereka. Maklumat juga dapat berkembangan dengan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Jurnal : Bertajuk Using Action Research to Develop Preservice Teacher's Confidence, Knowledge and Belief about Technology.

    ICT adalah elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.Kajian ini bertujuan untuk membina keyakinan, pengetahuan dan kepercayaan dalam diri dalam teknologi maklumat.Dengan pemahaman yang tinggi dalam bidang ICT, oleh seseorang guru, pelajar dapat memperolehi kepelbagaian dalam pembelajaran mereka secara tanpa terhad kepada pengajaran dan pembelajaran yang tradisional (chalk / talk /paper