Saturday, October 31, 2009

TUGASAN KETIGA : LAPORAN CATATAN KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DPLI JANUARI 2009. (Tajuk 1)

Pembentangan ini bertajuk Meningkatkan Pengusaan Kemahiran Tulisan Jawi Dikalangan Pelajar Tingkatan Empat Melalui Slot “ 5 Minit Bersama Tulisan Jawi” Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran dan dibentangkan oleh saudari Siti Imzahwana Abu Naim dan Saudari Nurul Hafizah Che Mat pada 26hb Oktober 2009 di Bilik Perdana A untuk sesi petang (2.00 – 4.00 petang).

Pembentangan yang dipengerusikan oleh saudari Siti Rafeqah Samsunawar ini berlangsung dalam masa lebih kurang lima belas minit.

  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan kemahiran tulisan jawi di kalangan pelajar-pelajar Islam tingkatan 4 sdi sebuah sekolah di daerah Petaling Jaya dan mengubah persepsi pelajar terhadap tulisan jawi dan melihat faktor-faktor mengapa mereka tidak berminat kepada tulisan jawi.
  • Kajian dijalankan kepada sampel kajian yang terdiri daripada 60 orang pelajar.Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan tempat pengkaji bertugas sebagai guru pelatih.
  • Metodologi yang digunakan untuk kajian ini adalah secara pemerhatian, temubual, latihan dan ujian. sini.
  • Data diperolehi dengan slot pemerhatian, temubual secara berkumpulan dan ujian kepada pelajar.Melalui pemerhatian, kemudian mendapatkan maklumbalas daripada pelajar, pengkaji menjalankan perancangan dan akhir sekali tindakan di mana pengkaji telah mengadakan “Slot Tulisan Jawi” yang melibatkan aktiviti tulisan jawi dan menulis esei tulisan jawi. Pengkaji juga melihat juga dari segi kaedah soalan dengan meminta pelajar berdiri dan meminta mereka untuk mengeja sesuatu perkataan dalam jawi.
  • Hasil dapatan kajian ini mendapati pelajar tidak untuk membaca buku teks yang ditulis dalam tukilisan jawi serta keliru dengan ejaan-ejaan jawi terkini seperti contohnya nasihat.Selain itu melalui temubual yang dijalankan pelajar juga tidak begitu menyukai guru pendidikan kerana mentaliti mereka yang menganggap guru pendidikan Islam suka mengongkong mereka melalui teguran dan nasihat.Mereka juga menyatakan bahawa sebelum ini tidak pernah guru pendidikan Islam yang menjalankan pendekatan pembelajaran seperti pengkaji dan mereka berminat dengan slot sebegini.
  • Kesimpulan kajian ini menunjukkan prestasi dan kemahiran pelajar adalah berkaitan dengan cara bagaimana seseorang guru itu menjalankan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dengan menggunakan tulisan jawi. Pandangan negatif pelajar terhadap tulisan jawi juga turut mempengaruhi cara penerimaan pembelajaran mereka.Oleh itu dalam memartabatkan tulisan jawi dan meletakkan tulisan jawi setanding dengan tulisan-tulisan dunia lain beberapa cadangan telah dikemukakan di antaranya adalah menstrukturkan semula kurikulum pendidikan Islam yang lebih mementingkan tulisan jawi memandangkan tulisan jawi merupakan tulisan Al-Quran, menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah serta kempen mencintai tulisan jawi.
  • Sepanjang sesi pembentangan ini saya teruja dengan usaha dan kegigihan pengkaji dalam membudayakan tulisan jawi di sekolah tempat mereka menjalankan latihan mengajar.Saya menyedari dengan adanya kesungguhan dan usaha daripada seorang guru untuk mendidik anak muridnya, lama-kelamaan sesuatu perkara atau topik yang dianggap membosankan oleh pelajar akan bertukar menjadi sesuatu yang menyeronokkan mereka.

Monday, October 26, 2009

TUGASAN KELAS : 10 Sebab Mengapa Guru Perlu Membuat Kajian

Seorang guru yang berwibawa adalah guru yang sentiasa mencari cara menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah serta memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajarannya dengan mengkaji dan menyelidik untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran oleh pelajarnya.

Sepuluh sebab mengapa seorang guru perlu membuat kajian dan penyelidikan adalah :
  1. untuk penambahbaikan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran (p & p) di dalam bilik darjah.
  2. untuk mewujudkan pemahaman kepada guru tentang perkaitan antara matlamat dan teknik pengajaran mereka.
  3. untuk mengenalpasti masalah yang wujud serta mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.
  4. untuk mempersiapkan guru dengan cara dan bahan yang kreatif dan inovatif untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
  5. untuk meningkatkan pemahaman dan menarik minat pelajar terhadap pengajaran yang berkesan.
  6. untuk merubah sikap pelajar terhadap pembelajaran yang mereka hadapi.
  7. menggalakkan guru menjadi seorang yang prihatin dan bertindak dengan efektif terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
  8. untuk menggalakkan guru membudayakan kajian tindakan di sekolah seterusnya dapat meningkatkan pencapaian sekolah.
  9. untuk mewujudkan satu interaksi pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang berkesan dalam bilik darjah.
  10. untuk menjadi panduan kepada guru-guru baru melalui dokumentasi kajian tindakan yang diwujudkan melalui pengalaman guru-guru berpengalaman.

Dalam menjayakan sesuatu kajian tindakan adalah sikap guru itu sendiri bagi mewujudkan perasaan prihatin terhadap pembangunan dan pencapaian pelajar mereka sendiri.

Kajian tindakan adalah sesuatu yang luas dan boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang melibatkan aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Pada pendapat saya, seorang guru bukan sahaja boleh menjalankan kajian tindakan terhadap diri mereka dan pelajar, malahan terhadap guru lain, pengurusan dan situasi serta persekitaran dalam sekolah itu sendiri.

Apa Itu Kajian Tindakan

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM, Malaysia

Kursus GGGB 5023 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

_________________________________________

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan adalah kursus yang meliputi difinisi,kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan, analisis dan interpretasi data, kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyedian kertas cadangan da pelaksanaan kajian tindakan.